web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'My Ofis', Kandungan iQiyi Gabung Hiburan Dan E-Dagang 

Konsep baharu ini memberi kuasa kepada penonton untuk membuat pembelian mudah menerusi paparan produk-produk di skrin yang disepadukan dengan iklan. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 6:54PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan visi bersama untuk menyumbang ke arah pemulihan ekosistem kandungan Asia yang dikuasakan minda kreatif Malaysia, iQiyi telah menggabungkan segmen hiburan dan e-dagang di dalam platform penstriminan mereka. 

Konsep yang baharu diperkenalkan ini memberi kuasa kepada penonton untuk membuat pembelian dengan mudah dengan paparan produk-produk di skrin yang disepadukan dengan iklan secara serta-merta untuk memudahkan urusan pembelian dan jualan.

Apa yang menarik, konsep baharu cuba diperkenalkan melalui kandungan original mereka, 'My Ofis' yang telah dihasilkan dengan kerjasama syarikat produksi tempatan, Longhouse Films. 

Dengan ekosistem e-dagang yang dikuasakan oleh JOCOM: YOUR POCKET SUPERMARKET, penyedia aplikasi e-dagang tempatan, pengguna boleh mengimbas kod QR yang muncul semasa tontonan drama dan mereka akan terus dibawa ke laman e-dagang di aplikasi JOCOM pada telefon pintar mereka untuk membuat pembelian dan penghantaran terus ke rumah.

Pengurus Negara iQiyi Malaysia, Singapura dan Brunei, Dinesh Ratnam berkata, bersama rakan kongsi, Longhouse Films dan JOCOM, mereka  berusaha ke arah membentuk ekosistem kandungan baharu yang sesuai untuk era digital terkini yang memperkasakan pendigitalan jenama dan perniagaan tradisional menerusi segmen hiburan. 

“My Ofis akan membuka ruang dan peluang dalam menghubungkan segmen hiburan dan e-dagang dan sekaligus menyokong jenama, pengiklan dan pemasaran tempatan,” katanya pada sidang media 'My Ofis' yang berlangsung di EQ Kuala Lumpur, rakan lokasi rasmi sidang berkenaan. 

Kerjasama seiring di antara iQiyi dengan Longhouse Films adalah untuk mencapai matlamat  dengan memanfaatkan capaian global iQiyi merentasi 191 negara serta keupayaan dan rangkaian hubungan antarabangsa Longhouse Films bagi penghasilan kandungan hiburan premium Malaysia. 

Pengarah Urusan Longhouse Films, Dianne Tan berkata, syarikat produksi mereka diasaskan untuk membawa kembali bakat Malaysia di luar negara dan bersama-sama mempersembahkan karya terbaik Malaysia kepada dunia.

“Sebab mengapa kami dipanggil Longhouse (rumah panjang) kerana rumah panjang adalah tempat orang ramai dan keluarga berkumpul untuk bekerjasama serta berkongsi. 

“Dengan 20 tahun pengalaman dari pengasas Longhouse Films, Jon Chiew, penerbit 'My Ofis', Jet Chiew dan saya dalam pengurusan bakat, pengedaran dan kepakaran produksi, kami menyasarkan untuk membentuk landskap kandungan genre dan pengalaman baharu untuk penonton di Asia Tenggara, sambil mewujudkan ekosistem yang mampan dalam industri kreatif Malaysia. 

“My Ofis juga menjadi bukti komitmen kami untuk meletakkan Malaysia di peringkat dunia, seterusnya mempamerkan bakat, budaya dan bahasa tempatan kepada penonton antarabangsa.

“Kami juga akan melancarkan 'My Ofis: Musim 2' tidak lama lagi. Oleh itu, saya membuka peluang bagi mana-mana syarikat perniagaan yang berhasrat untuk mendigitalkan produk mereka,” katanya.

'My Ofis' adalah sebuah drama komedi bertemakan pejabat yang mengisahkan cabaran seorang pelatih, Jasper, seorang anak muda yang bercita-cita menjadi bintang rock, namun terpaksa mengetepikan impian kemasyhuran kumpulan heavy metal demi menjaga neneknya yang sudah uzur dengan memilih untuk menyertai dunia korporat.

Kemudian, Jasper berdepan situasi ‘huru-hara’ dan pelbagai cabaran di tempat kerja, krisis percintaan dan cabaran politik pejabat, sambil mendambakan kehidupan popular di atas pentas.

Kisah Malaysia moden 100% dengan elemen tempatan ini bakal membuatkan penonton merasa cukup sinonim dan akan menjadi judul eksklusif global iQiyi, mencerminkan kehidupan kembali ke pejabat selepas dua tahun berdepan pandemik.

Tayangan perdana 'My Ofis' bakal diadakan pada 26 Mei ini dan ia dibarisi bintang-bintang dan bakat tempatan terbaik sama ada di dalam dan di luar skrin iaitu  Aeril Zafrel, Kahoe Hon, Nasz Sally, Alvin Wong, Sherwyn Pang, Pearlly Chua, Sharifa Zhaharah Said Jan Aljeffri, Roana Bugo, Kryston Yang dan Rezki Khirat. - Getaran, 19 Mei 2022


 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Malam Komedi ‘Live, Love, And Laugh’ Untuk Bertemu Kenalan Baru, Mungkin Juga Bertemu Jodoh

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ahli Parlimen Dilarang Buat Penstriman Langsung Di Parlimen

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN