web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘The Assistant’ – Plot Dan Aksi Menarik, Tetapi...

Filem aksi yang mendapat publisiti meluas ‘The Assistant’ arahan Adrian Teh memulakan tayangan perdananya hari ini dengan menampilkan Hairul Azreen dan Iedil Putra sebagai teraju utama. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2022 2:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem The Assistant akhirnya menjengah pawagam secara rasmi bermula 19 Mei 2022 selepas tertangguh selama dua bulan.

Filem arahan sutradara Adrian Teh ini sekali lagi menampilkan pelakon kegemarannya iaitu Hairul Azreen sebagai teraju utama di samping Iedil Putra. 

Apa yang menarik tentang filem ini ialah buat pertama kali produksi tempatan berkolaborasi bersama syarikat antarabangsa Sony Pictures. 

Sinonim dengan genre aksi, Adrian sekali lagi mempertaruhkan genre yang sama untuk filem terbarunya ini. 

Penulis agak teruja untuk menonton filem ini kerana selepas menonton trailer, penulis dapat merasakan filem ini agak berlainan dengan karya-karya Adrian yang terdahulu. Tambahan pula Adrian memilih Iedil sebagai salah seorang tunjang utama. 

Filem The Assistant menceritakan tentang seorang lelaki biasa bernama Zafik lakonan Iedil yang telah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun kerana polis telah menemui bungkusan dadah di dalam keretanya.

Semasa berada di dalam penjara, isteri dan anaknya telah dibunuh sehingga membuatkan dirinya merana separuh gila.

Selepas keluar dari penjara, Zafik cuba menuntut bela di atas kematian isteri dan anaknya dan cuba mencari punca apa yang sebenarnya telah berlaku.  Dia telah bertemu teman lamanya Sam lakonan Henley Hii yang kini telah bergelar Datuk dan bekerja dengannya sebagai pemungut hutang. 

Semasa sedang mencari kebenaran tentang apa yang berlaku kepada isteri dan anaknya, Zafik telah menumui seorang lelaki bernama Feroz lakonan Hairul Azreen yang sering berada di mana sahaja dia berada. 

Feroz seorang lelaki yang kontra sifatnya dengan Zafik. Dia seorang yang nakal dan suka menyelesaikan masalah dengan keganasan. Feroz yang mengakui dirinya adalah sepupu kepada isteri Zafik nekad mahu membantunya demi membalas dendam di atas kematian itu.

Lama kelamaan Zafik mula rasa tidak senang dengan sikap Feroz yang sering menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah sehingga sanggup membunuh dengan kejam. Dia cuba menjauhkan diri dari Feroz namun Feroz sering menghantui dirinya. 

Akhirnya kebenaran terbongkar tentang siapa yang telah menganiaya Zafik dan juga yang telah membunuh isteri dan anaknya. 

Penulis harus memberikan pujian untuk idea serta plot filem yang mungkin berlainan dengan filem-filem tempatan yang kita pernah tonton sebelum ini terutamanya filem aksi.

Babak-babak aksi juga dilakukan dengan baik terutamanya babak pertarungan di antara Hairul Azreen dan Farali. Farali berjaya menghidupkan wataknya sebagai pembantu peribadi yang cantik tetapi dingin dan lasak. 

Cuma penulis terganggu dengan dialog filem ini yang kedengaran sangat baku sehingga kita dapat merasakan percakapan itu kurang keasliannya kerana seperti membaca skrip. Ia akan lebih sempurna jika dialog yang dihasilkan lebih santai dan bersahaja agar tidak kedengaran canggung, tambahan pula ini adalah filem aksi. 

Disebabkan filem ini mendapat klasifikasi untuk tontonan 18 tahun ke atas sahaja, maka terdapat babak-babak ngeri dan dialog kasar seperti mencarut yang sememangnya tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak dan remaja bawah umur. 

Dari segi lakonan, penonton mengharapkan Iedil dapat memberikan persembahan yang lebih baik daripada apa yang dipamerkan kerana kadangkala ada babak yang seperti tidak sampai emosinya. Mungkin kerana terikat dengan skrip yang kedengaran canggung. 

Untuk watak Feroz pula, Hairul kelihatan seperti dia sangat ‘enjoy’ melakonkan karektornya yang nakal dan ganas. Cuma ada kala penulis mengharapkan Feroz menjadi lebih serius untuk babak-babak tertentu. Tetapi mungkin sudah wataknya ditulis sebegitu. Babak pertarungan dilakukan dengan kemas. Tubuh Hairul juga tampak begitu fit sesuai dengan karektornya. 

Namun kelemahan paling ketara filem ini ialah penggunaan teknik kesan khas CGI yang agak lemah sewaktu babak terjatuh dari atas bangunan. Melihatkan filem ini mendapat kerjasama dari pihak Sony Pictures, seharusnya babak CGI kelihatan sempurna. - Getaran, 19 Mei 2022

3 Setengah Getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

5 Selebriti Lelaki Yang Layak Digelar ‘Hot Daddy’

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN