web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kim Ji Soo Tarik Diri Dari Siri 'River Where The Moon Rises'

Skandal melanda dunia K-Drama lagi. Kali ini, Kim Ji Soo mengundurkan diri dari siri 'River Where The Moon Rises' susulan skandal buli dan tuduhan gangguan seksual.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2021 9:55AM

Gambar: Instagram @actor_jisoo

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila aktor Kim Ji Soo menarik diri daripada membawa watak utama dalam drama K-Pop, 'River Where The Moon Rises' susulan skandal buli dan tuduhan gangguan seksual, syarikat produksi terpaksa membuat penggambaran semula drama berkenaan.

Tempat Ji Soo digantikan Na In Woo dan penggambaran semula terpaksa diadakan selepas stesen KBS memutuskan untuk tetap menyiarkan siri drama itu.

Sumber dalam 'River Where The Moon Rises' mendakwa ketika pertukaran watak utama terpaksa dilakukan, produksi itu telah menyiapkan 18 episod iaitu kira-kira 95 peratus.

“Meskipun pelakon lain dengan sukarela bersetuju untuk tidak menuntut bayaran tambahan bagi penggambaran semula namun syarikat produksi masih terpaksa menyiapkan sekurang-kurangnya 14 episod.

Menurut media Korea, Sports Today, produksi 'River Where The Moon Rises' menelan kos sekitar $885,000 USD untuk setiap episod dengan lebih $17.7 juta USD dilaburkan untuk keseluruhan produksi.

Justeru, beban kewangan yang terpaksa ditanggung untuk penggambaran semula adalah melebihi kos berkenaan.

“Kami belum tahu kos sebenar lagi, kami masih membuat bayaran kepada pelakon dan staf untuk setiap episod. Ia akan mengambil masa yang lama untuk mengetahui berapa banyak bayaran yang kami perlu bayar kepada mereka,’’ katanya.

Dalam pada itu, media Korea, NoCut News melaporkan ada sebahagian pelakon yang terlibat dalam watak tambahan untuk 'River Where The Moon Rises' berasa bimbang dengan bayaran mereka.

“Disebabkan penggambaran semula itu perlu dilakukan dalam masa yang singkat, ia adalah mustahil untuk mengesan siapa yang terlibat dalam setiap episod.

“Namun kita sedang mengesannya dan kita akan tahu jumlahnya nanti,’’ kata sumber itu.

Walaupun berdepan dengan skandal melibatkan pelakon utamanya namun 'River Where The Moon Rises' terus mengekalkan rating tontonan 8-10 peratus dan mempunyai ruang untuk berkembang selepas watak utama menunjukkan keserasian.

Dalam keadaan ini, kata sumber itu, pengarah Yoon Sang Ho harus diberikan pujian kerana berjaya mengendalikan situasi ini dengan penuh profesional.

‘’Yoon memastikan persekitaran penggambaran semula itu kekal positif. Staf dan pelakon mendapati beliau seorang yang stabil.

‘’Beliau berjaya mengembalikan keyakinan ramai dan sangat tenang serta profesional sepanjang masa. Ini membantu membawa kami keluar daripada masalah ini dengan cepat. Saya masih ingat bagaimana Yoon memberitahu kami semua bahawa ia hanya penggambaran semula dan bukan satu masalah,’’ kata sumber berkenaan.

Selain itu, Na In Woo juga memainkan peranan penting bagi memastikan penggambaran berjaya.

Ji Soo yang popular dengan drama 'Strong Girl Bong Soon' dan 'My First First Love', telah dituduh melakukan serangan seksual oleh bekas rakan sekolahnya.

Beliau juga dituduh menjadi gangster ketika di sekolah dan meminta budak lain membayar rokoknya serta sering mengugut mereka.

Dakwaan berkenaan disebarkan menerusi media sosial dan ia tersebar dengan cepat. Susulan itu lebih banyak dakwaan dibuat ke atasnya sekali gus mengakibatkan kerjayanya terjejas.

Ji Soo kemudiannya memohon maaf di atas apa yang berlaku.

“Saya dengan ini memohon maaf kepada mereka yang menderita kerana saya. Tidak ada alasan untuk perbuatan silam itu. Ia merupakan sesuatu yang tidak boleh dimaafkan,’’ katanya. - Getaran, 24 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Levi’s Lantik Kumpulan K-Pop, NewJeans Jadi Duta Global 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Teruk Dikecam, Netizen Masih Sokong Perniagaan Zul Yahya  

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Senarai 10 Selebriti Yang Sedang Mendahului Undian ABPBH-35

4

TARA 3 tahun yang lalu

Bermalam Di Atas Pentas Peragaan, Dekati Kumpulan K-pop ENHYPEN

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN