web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerana Si Merak, Sherry Ibrahim Terpaksa Menipu Keluarga

Bersyukur kerana berjaya melangkah ke semifinal The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim kedua, Sherry Ibrahim percaya Michael Ang pasti akan dapat meneka identitinya.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 11:30AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyingkiran Si Merak dalam program suku akhir The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim kedua pada Jumaat lalu, cukup mengejutkan.  Sedangkan, figura yang cantik ini sentiasa tampil dengan persembahan-persembahan yang cukup menarik pada setiap minggu. 

Namun, dengan markah terendah sebanyak 86.44% yang diperolehi, Si Merak tidak punya pilihan, selain daripada mendedahkan identitinya. Ternyata, Si Merak adalah Sherry Ibrahim seperti mana tekaan lima orang juri TMSM musim kedua. 

Juri-juri yang berjaya meneka dengan tepat itu itu adalah Datuk Aznil Hj. Nawawi (Pak Nil), Ella, Amy Mastura, Zizan Razak dan Michael Ang. Sekali gus, ia berjaya membantu mereka mengumpul satu markah menerusi tekaan tersebut.

Menurut Sherry Ibrahim, menyertai program ini adalah salah satu pengalaman yang paling sukar buatnya kerana dia terpaksa menipu ibu bapa dan rakan-rakannya bahawa dialah selebriti di sebalik kostum Si Merak. 

“Saya pun tak sangka saya akan sampai ke semifinal sebab saya tahu semua maskot itu hebat-hebat belaka. 

“Saya rasa ini satu cabaran yang memang berbeza daripada apa yang saya pernah lakukan sebelum ini sebab bila kena pakai kostum semasa latihan dan kemudian membuat persembahan, memang ia bukan satu perkara yang senang”, katanya.

Mempersembahkan lagu ‘Cinta Dalam Hati’ nyanyian asal Ungu, Sherry mengakui bersyukur kerana mendapat peluang untuk membuat persembahan sehingga ke pentas separuh akhir.

“Tapi, saya tahu Michael Ang pasti akan dapat meneka saya di sebalik topeng Si Merak ini,” katanya sambil tertawa. 

Zizan Razak, yang telah meraih enam markah setakat ini tampil sebagai juri dengan markah tertinggi, lantas kekal menjadi calon Anugerah ‘Tekaan Juri Paling Gempak’ diikuti Pak Nil, Remy Ishak dan Ella. 

Selain Si Merak, dua lagi selebriti – Burung Hantu dan Ratu Semut – juga berada di kedudukan tiga terbawah dengan masing masing meraih markah sebanyak 90.17% dan 87.56%.

Dalam program suku akhir TMSM Musim Kedua ini juga, setiap selebriti juga diberi cabaran untuk berduet dengan lagu dan pasangan mereka. 

Persembahan duet itu adalah Ratu Semut dan Si Merak (‘Beggin’ – Maneskin),  Orkid dan Seladang (‘7 Nasihat’ – Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kmy Kmo dan Luca Sickta) dan  Burung Hantu dan Rambutan (‘Kill This Love’ – Blackpink)

Siapakah yang bakal menggegar di pentas final? Saksikan episod terakhir program TMSM Musim Kedua ini di Astro Warna (Saluran 127) dan Warna HD (Saluran 107) pada Jumaat ini, jam 9 malam. - Getaran, 28 Mac 2022

Gambar: Astro 



 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Raih Kutipan 41 Juta -  Demam Polis Evo 3 Melanda Rakyat Malaysia, Dilabel  Filem Hebat Setaraf Hollywood  

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Memasuki Usia 40 Tahun Dan Masih Belum Bertemu Jodoh, Sherry Ibrahim Tak Kisah Andai Digelar ‘Andartu’

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kerana Iklan Raya, Perompak Aset Berubah Hati - Zizan Dan Issey Jadi Pengarah Bersama Dalam Telefilem ‘Heistdilfitri’

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Harap Semua Bertenang, Nanti Kami Akan Uar-uarkan. Kami Janji – Ada Apa Zizan Razak Dengan Hawa Rizwana?

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN