web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ramai Tak Puas Hati Ajoi Tersingkir Pada Peringkat Separuh Akhir

Penyingkiran Ajoi Zainal pada peringkat separuh akhir Big Stage 2022 menyebabkan ramai netizen tidak puas hati.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2022 2:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lumrah menjadi peserta program realiti TV, pasti akan ada peserta yang tersingkir tidak kira sama ada peserta itu bagus ataupun tidak.

Apabila melibatkan undian daripada penonton, segala-galanya boleh berlaku. Itulah nasib yang menimpa peserta Big Stage 2022, Ajoi apabila dia terkandas pada peringkat separuh akhir yang berlangsung pada malam Ahad lalu. 

Ajoi atau nama sebenarnya Muhammad Qaidzul Zainal Abidin, 22, mendapat markah yang lebih tinggi berbanding Tegar daripada pihak juri, namun keputusan undiannya menyebabkan dia tersingkir dan tidak dapat melangkah ke pentas akhir kerana kedudukan tiga peserta terbawah ditentukan oleh keputusan undian daripada penonton. 

Menurut Ajoi, dia sedikit kecewa kerana tidak dapat melangkah ke peringkat akhir kerana masih ada bakat yang masih belum ditunjukkannya di pentas Big Stage. 

“Tipulah kalau kata saya tak sedih sebab tinggal selangkah sahaja lagi untuk ke pentas akhir. Banyak lagi benda yang saya tak dapat tunjuk, tetapi saya tak salahkan peminat, kerana ini adalah takdir saya.

“Kalau tak kerana peminat, mungkin saya sudah tersingkir lebih awal,” katanya ketika ditemui di sidang media. 

Ditanya tentang netizen yang tidak berpuas hati dengan penyingkirannya dan berharap Tegar tersingkir, kata Ajoi dia sama sekali tidak menyalahkan sahabat baiknya itu. 

“Saya rapat dengan Tegar sejak minggu pertama lagi. Jadi saya tak salahkan dia. Malah saya cuba elak untuk digandingkan bersamanya untuk pusingan battle kerana kami bersahabat baik.

“Buat persembahan baik macam mana sekalipun, kalau Allah kata rezeki saya sampai sini sahaja, maka sampai sini sajalah,” ujarnya. 

Sering menyertai pertandingan TV realiti seperti All Together Now, Mentor Milenia dan Bintang RTM, Ajoi memberitahu Big Stage adalah pentas terakhirnya.

“Saya rasa ini adalah yang terakhir. Kali ini saya mahu keluarkan karya yang saya cipta sendiri kerana sudah lama saya simpan. Big Stage ini pun pada mulanya saya agak takut nak masuk sebenarnya kerana sudah banyak pertandingan saya sertai sebelum ini.

“Bila difikirkan balik dan selepas berbincang dengan syarikat rakaman, saya cuba gunakan Big Stage sebagai platform untuk saya melangkah lebih jauh dalam industri muzik, tak kisahlah sama ada menang ataupun kalah,” kongsinya. 

Dengan tersingkirnya Ajoi dari pentas Big Stage, maka tinggal lima sahaja finalis iaitu Aisha Retno, Danial Chuer, Yazmin Aziz, Elica Paujin dan Tegar Septian yang bakal berentap bagi merebut gelaran juara di pentas akhir yang akan berlangsung pada Ahad ini. -  Getaran, 21 Mac 2022 

Gambar : Astro/AzrulSafie 


 

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Jordan Sedia Hadapi Masa Tambahan, Penalti Dengan Korea Selatan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Perak FC Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Sejurus Tamat Konsert Akhir Big Stage, Hoondoo Terus Pulang Ke Korea Kerana Masalah Visa

Sorotan

1

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

5

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

6

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN