web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ulasan: Dedah Konflik Politik Licik Dalam ‘Gila Gusti’

‘Gila Gusti’ tampil sebagai sebuah filem yang sangat signifikan untuk mendedahkan lebih terperinci tentang kaedah pertandingan serta dilema yang dihadapi ahli gusti.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 2:36PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam tempoh lima tahun belakangan ini, kita dapat menyaksikan kemunculan filem aksi yang memfokuskan kepada perlawanan di dalam gelanggang mula mendapat perhatian dan tempat dalam kalangan penonton. Selepas Wira dan Sangkar, kini sebuah lagi filem tentang sukan gusti menjengah ke pawagam bulan ini. 

Penulis tidak sabar menyaksikan filem gusti profesional pertama di Malaysia, Gila Gusti kerana ia tema yang segar dan baharu. Setiap perkara baru yang muncul di dalam industri perlu disambut dengan tangan terbuka kerana itu petanda anak seni semakin berani sekali gus memberikan petanda industri kita sedang bergerak dan tumbuh. 

Gila Gusti nampaknya bukan calang-calang filem apabila ia dibintangi oleh ahli gusti profesional Malaysia sendiri iaitu Ayez Shaukat-Fonseka dan ahli gusti berhijab pertama dunia, Nor ‘Phoenix’ Diana. Maka, segala koreografi aksi yang ditampilkan dalam filem ini semestinya eksklusif dan nyata belaka.

 

Secara realitinya, gusti tidaklah begitu popular di Malaysia jika hendak dibandingkan dengan sukan badminton atau bola sepak. Namun begitu, ia masih mepunyai peminat yang tersendiri. Jika tidak, mengapa pula sehingga kini Astro masih menyiarkan saluran yang memaparkan setiap siri aksi perlawanan gusti luar negara, bukan?

Banyak dalam kalangan kita yang masih tidak pasti bagaimana sukan ini berfungsi selain daripada aksi banting-membanting di dalam gelanggang. Gila Gusti tampil sebagai sebuah filem yang sangat signifikan untuk mendedahkan lebih terperinci tentang kaedah pertandingan serta dilema yang dihadapi ahli gusti. Menurut penulis, premis filem ini menarik sekali. 

Filem yang disutradai Silver Chung dengan kolaborasi rumah produksi APAC Wrestling dan Lomo Pictures ini dibuka dengan persahabatan Mamat lakonan Shafie Naswip dan Zul lakonan Aisar Khaled. Masing-masing sangat menggilai sukan gusti dan mengidolakan seorang ahli gusti kesayangan mereka iaitu Naga Ayez Shaukat. Sesuatu hal terjadi menyebabkan Naga berundur daripada sukan Gusti. Mamat dan Zul yang bersungguh-sungguh membawa Naga kembali je gelanggang.

Politik sukan gusti

Hal menarik untuk diteliti dalam filem ini ialah ketika Naga melontarkan dialog mengatakan ahli gusti adalah seorang penghibur walaupun harus melalui pelbagai kesakitan. Rupanya gusti tidak hanya ada aksi malah menggandingkan lakonan untuk menambahkan ‘drama’ dalam sukan itu. 

Bukan itu sahaja, selain itu ahli gusti perlu berdepan dengan kemelut politik sukan gusti apabila terdapat syarikat gusti yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mematahkan langkah mana-mana ahli gusti tak kira bila-bila masa sahaja mereka mahu. Pendek kata, ahli gusti kena patuh sepenuhnya kepada kehendak syarikat. Jika tidak, usaha dan karier mereka akan terbunuh begitu sahaja.

Walaupun babak ini disampaikan dengan penuh bersahaja, namun ia membuatkan penonton terfikir betapa kotor dan liciknya strategi syarikat tinju untuk memastikan ahli gusti tidak boleh muncul bertanding walaupun jika nyawa menjadi galang-gantinya.

Sayang seribu kali sayang

Keserasian Shafie dan Aisar dalam filem ini ternyata benar-benar menjadi. Telatah yang ditampilkan mereka sangat mengena dan membuatkan penonton tersenyum-senyum dengan perangai mereka berdua.

Namun begitu, terdapat beberapa aspek lain dalam filem ini yang boleh diperbaiki. Kerana skrip filem ini dihasilkan lebih daripada dua orang, jalinan antara langgam plot gagal menemukan keserasian menyebabkan jalan ceritanya kadang lewah dan bercempera.

Baru 15 minit pertama sahaja, filem ini gagal menghadiahkan sebuah jalan cerita dan persembahan yang menangkap. Bahkan sesetangah babak seolah-olah sebuah iklan promosi siapakah ahli gusti dan bukannya sebuah filem aksi gusti. Ia terlalu kering dan seolah-olah sebuah skrip syarahan.

Terdapat juga beberapa watak yang wujud sekadar tempelan dan mereka tidak berapa signifikan untuk menambah perisa atau menggerakkan keseluruhan filem ini. Hasilnya, ia dilihat terlalu padat, ramai namun tidak menangkap.  Yang  menyelamatkan filem ini mungkin aksinya yang tulen. Selebihnya, ada banyak kekosongan dan kelompongan yang boleh difikirkan kembali untuk diperbaiki. 

Mungkin kerana pihak produksi hanya mempunyai 10 hari sahaja untuk menyelesaikan penggambaran, maka mereka tidak sempat untuk melakukan penelitian. Namun begitu, penulis percaya sekiranya filem seperti ini diteruskan dan diperkemas, sudah pasti ia akan memberikan sebuah naskhah baru dan relevan untuk industri perfileman kita. - Getaran, 17 Mac 2022 

Rating: 3 Getar

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 20 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 3 jam yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN