web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


TV AL-Hijrah Tiada Niat Angkat Kak Long 7E Sebagai Ikon

Mengambil kira kegelisahan yang tercetus disebabkan kemunculan Kak Long 7E dalam Trending, pihak TV AL-Hijrah telah mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod program berkenaan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2022 1:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kemunculan Kak Long 7E sebagai tetamu undangan di dalam salah sebuah episod program Trending di AL-Hijrah yang bakal ditayangkan di Facebook stesen TV Islamik itu pada malam Ahad  ini telah mengundang rasa tidak puas hati di kalangan netizen. 

Rata-rata mereka mempersoalkan tindakan Al-Hijrah dan menganggap individu seperti  Kak Long 7E tidak wajar diangkat di dalam program tersebut. 

Mengambil kira kegelisahan yang tercetus disebabkan kemunculan Kak Long 7E dalam Trending, pihak TV AL-Hijrah telah mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod program berkenaan.  

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Namanzee Harris berkata, Trending adalah sebuah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial. 

“Sebagai stesen TV Islamik kita juga harus berdepan dengan isu-isu viral ini dan sebagai media penyiaran, kita perlu memainkan peranan untuk mengambil sisi tauladan dan pengajaran di sebaliknya. 

“Bagi isu viral yang positif, kita cuba untuk ambil pengajaran yang terbaik daripadanya. Bagi isu viral yang negatif pula, kita cuba cari jalan untuk mendepaninya dengan menggunakan kaedah yang betul.

“Untuk episod yang melibatkan Kak Long 7E, niat awal kita adalah untuk memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada beliau supaya lebih peka dan lebih bertanggungjawab sebelum berkongsi apa sahaja isu di mana-mana platform terutamanya di media sosial. 

“Bahkan, kita turut mengundang Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panelis untuk membantu menyampaikan tausiyah, teguran serta pengajaran tersebut. Namun, niat kami itu bagaimanapun telah disalahanggap,” katanya kepada Getaran. 

Menurut Namanzee lagi, pihak AL- Hijrah bagaimanapun berlapang dada dalam menerima maklum balas daripada netizen berhubung isu Kak Long 7E itu. 

“Kita tangguhkan penyiaran kerana kita mahu redakan dahulu keadaan. Tapi, kalau hendak mengatakan kita cuba angkat Kak Long 7E sebagai ikon dalam episod program Trending ini, saya boleh katakan perkara itu tidak benar,” katanya. 

Isu tidak puas hati netizen terhadap kemunculan Kak Long 7E mula tercetus selepas PU Amin memuatnaik gambarnya bersama wanita yang tular itu di Instagram. 

PU Amin yang menggantikan tempat hos asal, PU Azman dalam episod Trending pada hujug minggu ini memuatnaik gambar itu sebagai mempromosikan kemunculannya dengan Kak Long 7E dalam program berkenaan. 

Namun, kecaman daripada pihak netizen menyebabkan PU Amin terpaksa memadam hantaran tersebut. 

Program Trending bersiaran setiap malam Ahad di Facebook TV AL-Hijrah dan kemudian ditayangkan di saluran TV stesen berkenaan setiap Rabu. - Getaran, 16 Mac 2022.

Gambar: TV AL-Hijrah

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Amang Seksual Remaja Lelaki Berusia 17 Tahun, PU Azman Diperintah Bela Diri

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Gara-Gara ‘Salah Petik’, Wanita Pertikai Rukun Negara Terima Kecaman 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerap Suruh Pelanggan ‘Bergelek’ Punca ‘Zaitoun’ Disita? 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Rangkuman 15 Kisah Hiburan Paling Hangat Sepanjang Tahun 2022

Sorotan

1

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

5

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

6

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN