web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenapa Uniform Sekolah Dalam ‘All Of Us Are Dead’ Warna Hijau?

‘All of Us Are Dead’ merupakan sebuah naskah adaptasi daripada siri ‘webtoon’ dengan tajuk yang sama yang terbit pada tahun 2009 hingga 2011.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2022 3:03PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Empat bulan lalu, drama bersiri ‘Squid Game’ berjaya menduduki carta pertama Netflix di Amerika Syarikat sekali gus menjadikannya kandungan paling ditonton di platform penstriman itu sejak ia dilancarkan.

Kini, siri zombi ‘All of Us Are Dead’ merekodkan kejayaan yang sama selepas tujuh hari ia menemui penonton. 

‘All of Us Are Dead’ merupakan sebuah adaptasi daripada siri webtoon dengan tajuk serupa yang terbit pada tahun 2009 hingga 2011 menceritakan bagaimana sekumpulan pelajar yang terperangkap di sekolah menyelamatkan diri daripada serangan zombi. 

Melihat kepada kejayaan siri ini yang mendapat perhatian global, pengarahnya, Lee Jae Kyu berkongsi beberapa proses dan butiran yang dirancang secara teliti untuk menjayakan siri ini.

“Saya ingin seramai mungkin orang menonton siri ini walaupun mereka bukanlah peminat cerita zombi. Jadi, kami bawakan pelbagai elemen ke dalam cerita ini.

“Kami mahu menggambarkan sekolah sebagai sebuah tempat yang hangat dan ramah. Jadi kami memberi banyak perhatian kepada warna set dan pencahayaan. 

“Kami juga bina lokasi dan set penggambaran ini untuk mendapatkan mood yang betul,” kata Jae Kyu dalam satu temu ramah bersama Netflix.

Menurutnya lagi, warna pakaian seragam hijau yang dikenakan oleh pelakon dalam siri ini juga dipilih dengan teliti.

“Hijau dan merah adalah warna yang bertentangan dalam spektrum warna. Jadi, kami cuba untuk memberikan kesan yang lebih mendalam setiap kali darah mengenai pakaian seragam berwarna hijau,” katanya. 

Dengan seragam hijau yang disaluti darah, pengarah berharap akan dapat menangkap perhatian penonton sepanjang drama bersiri ini dimainkan.

Bukan itu sahaja, bagi menampakkan sesuatu babak itu lebih realistik, mereka menggunakan teknik one-take filming iaitu hanya dengan sekali rakaman sahaja untuk beberapa babak berbeza.

Selain itu, pengarah turut menggunakan long-take scenes, iaitu rakaman yang dilakukan dalam jangka masa yang panjang.

Antara babak menarik yang menggunakan teknik ini ialah di mana sekumpulan pelajar terperangkap di dalam kafeteria dan mencari jalan keluar untuk menyelamatkan diri daripada serangan zombi.

‘All of Us Are Dead’ masih lagi ditayangkan menerusi platform Netflix. Melihat pada jalan cerita yang ditampilkan, ramai yang berharap agar drama bersiri ini akan mempunyai sambungannya walaupun rata-rata drama Korea hanya ditayangkan satu musim sahaja. 

Siapa tahu akan ada musim kedua, kan? - Getaran, 7 Februari 2022

Gambar: Netflix

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN