web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKMM Perbanyak Libat Urus Bantu Pemain Industri Kreatif - Annuar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan memperbanyakkan sesi libat urus dengan pemain industri kreatif dalam usaha memahami dan membantu mereka dalam pelbagai perkara berkaitan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2022 6:22PM

Gambar Hiasan, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan memperbanyakkan sesi libat urus dengan pemain industri kreatif dalam usaha memahami dan membantu mereka dalam pelbagai perkara berkaitan.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata selain itu, pemain industri kreatif juga boleh tampil ke hadapan untuk meluahkan sebarang idea atau masalah yang dihadapi kerana mereka juga merupakan sebahagian daripada Keluarga Malaysia.

"Kita tidak mahu ada budaya tuding jari pada pihak tertentu (jika timbul sebarang masalah). Konsep Keluarga Malaysia kita adalah satu. Konsep Keluarga Malaysia siapa susah siapa senang kita tanggung bersama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Sembang Santai #KELUARGAMALAYSIA @ Melaka di Masjid Tanah di Melaka hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCreative) Junady Nawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) Mahadhir Aziz.

Sementara itu, dalam program Sembang Santai itu, Annuar berkata sumbangan industri kreatif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih rendah apabila hanya menyumbang sekitar lima hingga enam peratus setahun dan beliau mahu ia dipertingkatkan menerusi transformasi pendigitalan negara.

"Sekarang ini kita nak membudayakan seluruh rakyat supaya menyertai gelombang besar digitalisasi yang berlaku secara global kerana kalau lambat kita akan tertinggal. Sekali gus ia menjana pendapatan kepada individu dan negara,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Elizabeth Tan Menghitung Hari

29 Jan 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KDNK Terengganu Tahun Lalu Ke-5 Tercorot — Khairuddin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelan Tindakan Fasa Pertama Tangani Isu Industri Kreatif Mula Suku Ketiga Tahun Ini

4

Politik 2 tahun yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN