Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lokasi Penggambaran Di Hulu Langat Terjejas, Ambil Masa Kembali Pulih

Tiada lagi keindahan dan kedamaian desa sebaliknya visual perkampungan terletak kira-kira 27 kilometer dari ibu negara itu kini tidak ubah seperti kawasan baharu diteroka.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 5:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peristiwa banjir besar melanda Hulu Langat  pada 18 Disember lepas bukan sahaja menjejaskan kediaman dan harta benda penduduk malah secara tidak langsung turut memusnahkan lokasi pilihan kru penerbitan untuk penggambaran drama atau filem bagi menampilkan latar suasana desa tanpa perlu bergerak jauh. 

Tiada lagi keindahan dan kedamaian desa sebaliknya visual perkampungan terletak kira-kira 27 kilometer dari ibu negara itu kini tidak ubah seperti kawasan baharu diteroka manusia akibat dipenuhi lumpur, debu kering dan tanah yang dibawa arus banjir berkenaan.

Pemilik syarikat penerbitan Layar Ceritera Sdn Bhd, Along Kamaludin berkata, susulan itu beliau perlu mempertimbangkan lokasi pengambaran lain bagi memaparkan suasana desa kerana berpandangan Hulu Langat memerlukan tempoh sekurang-kurangnya enam bulan hingga setahun untuk kembali pulih.

“Uniknya, Hulu Langat adalah kawasan mendamaikan dan agak terpencil daripada hiruk-pikuk kawasan bandar serta terletak paling hampir dengan ibu negara,  namun selepas ini saya perlu pertimbangkan lokasi lebih jauh seperti Kuala Selangor dan Tanjung Karang atau luar Lembah Klang,” katanya kepada Bernama. 

Along yang juga pengarah drama berkata, situasi itu turut menjejaskan periuk nasi pemilik kediaman yang menjana pendapatan hasil sewaan rumah mereka yang pernah menjadi latar karya arahannya seperti 'Cukup Derita Itu', 'Beret Hijau', 'Rumah Buat Ibu' dan 'Abang Ngah'.

Turut senada, pengarah dan penerbit filem Datuk Yusof Haslam yang memerlukan sehingga RM80,000 bagi membaiki kerosakan akibat banjir di rumah persinggahannya, Teratak Haslam yang sering dijadikan lokasi penggambaran  drama dan filem antaranya 'Gerak Khas', 'Gerak Khas Undercover' dan Khurafat.

“Saya akui, memang ada beberapa tempat di sini yang disasarkan untuk lokasi penggambaran drama atau filem. Tapi, sekarang ada sesetengah tempat sudah tenggelam dan rosak. Ia mungkin akan mengambil masa untuk kembali pulih,” katanya sambil menzahirkan rasa syukur kerana kediaman masih teguh berdiri dalam arus deras banjir walaupun banyak yang rosak. 

Pemilik kediaman di Kampung Batu 18, Saininah Sarit, 59, pula sebak dan hanya mampu mengalirkan air mata apabila melihat rumah pusaka berusia lebih 100 tahun dengan seni bina tiang tinggi setinggi tujuh kaki ditenggelami bah sehingga paras dada. 

Lebih memilukan, dia tidak sempat menyelamatkan semua barang berharga dalam rumah ikonik itu yang pernah menjadi lokasi penggambaran pelbagai drama, filem dan iklan sejak 1994, termasuk dua almari antik milik arwah bapanya.

“Sekarang, keadaan rumah kosong seperti baru berpindah dengan banyak kesan lumpur di dinding dan saya malu dengan keadaan rumah, takut orang tidak selesa pula nanti,” katanya yang masih belum bersedia hendak menyewakannya bagi sebarang urusan penggambaran sehingga selesai dibaiki sepenuhnya. 

Antara rumah yang rosak teruk ketika banjir.
Antara rumah yang rosak teruk ketika banjir.

Bagi Ruslaini Mohd Said, 68, dia bersedia menerima tempahan daripada pengarah atau penerbit yang mahu menyewa kediamannya untuk menjalani penggambaran sekiranya mereka boleh menerima keadaan rumahnya yang serba kekurangan.

Dia yang mendiami rumah berkenaan dengan suami dan tiga anaknya berkata, walaupun bahagian utama rumah tidak banyak terjejas, namun laman yang dahulunya penuh dengan pelbagai pokok dan pokok bunga serta ruang tambahan di bahagian bawah rumah membabitkan dua bilik tidur dan satu stor musnah ditelan bah. 

“Rumah saya adalah rumah kampung setinggi 12 kaki. Hanya bahagian bawah rumah terkena banjir, manakala bahagian atas rumah masih dalam keadaan elok. 

“Kalau buat penggambaran, ikutlah pada kehendak mereka, bahagian mana yang mereka mahukan,” katanya yang mula menjadikan kediamannya di Batu 16, Dusun Tua sebagai lokasi penggambaran sejak 1980-an.

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Terus Meningkat

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Teroka Kaedah Baharu Termasuk Teknologi AI Atasi Banjir - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Budaya 23 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 2 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar