Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mawi Segan Mengarah Saiful Apek, Syanie Dalam 'Hantu Kuat Ketawa' 

Mawi cuba sampaikan mesej tentang isu pelaburan, 'scammer' dan kelalaian manusia dalam filem kedua arahannya, 'Hantu Kuat Ketawa' yang bergenre thriller serta seram komedi. 

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 5:20PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengarahkan pelakon senior seperti Saiful Apek dan Syanie yang berpengalaman luas dalam bidang lakonan adalah satu cabaran besar buat Asmawi Ani atau Mawi sewaktu menghasilkan filem Hantu Kuat Ketawa

“Apabila mahu minta sesuatu daripada Saiful Apek dan Syanie, kita akan rasa segan.  

“Misalnya, minta mereka ulang semula sesuatu syot dalam sesebuah babak filem, kita rasa serba salah.  

“Macam mana nak cakap dengan mereka sedangkan mereka bukan calang-calang terutama Saiful Apek. Dia pelawak lagenda. 

“Namun, Alhamdulillah, mereka dan semua barisan pelakon memberikan komitmen yang sangat baik sepanjang penggambaran,” katanya kepada Getaran. 

Mawi bersama barisan pelakon dan tulang belakang Hantu Kuat Ketawa.
Mawi bersama barisan pelakon dan tulang belakang Hantu Kuat Ketawa.

Penyanyi yang kini bergelar penerbit, pengarah filem dan penyampai radio ini bakal muncul dengan filem kedua arahannya, Hantu Kuat Ketawa yang bakal ditayangkan di Astro First pada 27 Januari ini. 

Filem terbitan Al Najwa Productions Sdn Bhd dan MW Entertainment Sdn Bhd (milik Mawi) ini turut dibintangi Zarina Anjoulie dan Along Cham. 

Mengulas lebih lanjut tentang Hantu Kuat Ketawa, Mawi berkata, dia memang berhasrat menggandingkan semula Saiful Apek dan Syanie dalam filem ini. 

“Saya rasa ramai yang rindukan gandingan mereka berdua. Tapi, dalam filem Hantu Kuat Ketawa ini, saya cuba berikan kelainan dalam persembahan mereka yang mana kedua-duanya adalah pasangan suami isteri yang sentiasa berzikir. 

“Apa yang boleh saya katakan Saiful dan Syanie akan jadi lebih serius dalam filem ini dan ia tidak pernah lagi penonton lihat dalam lakonan mereka. 

“Zarina atau Anju juga sudah lama tidak berlakon. Awalnya dia beritahu tidak mahu berlakon lagi. Tapi akhirnya dia bersetuju kerana suka dengan jalan cerita Hantu Kuat Ketawa. Saya sendiri pun terkejut apabila dia menyatakan persetujuan,” katanya ketika ditemui  di majlis sidang media Hantu Kuat Ketawa di Restoran Hadramawt, Ampang, Rabu lalu.

Biarpun Hantu Kuat Ketawa bergenre thriller dan seram komedi, Mawi cuba menyampaikan mesej tentang isu pelaburan, scammer dan kelalaian manusia. 

“Banyak perkara yang berlaku sekeliling kita tanpa sedar. Adakalanya kita tidak sedar kita sedang diuji. Mungkin sebelum ini kita susah, kita diduga dengan kesenangan duit dan harta yang banyak hingga tidak dapat mengawal keghairahan dan berubah sikap.  

“Kalau dulu kita orang yang menjaga ibadah tetapi bila sudah kaya, ia membuatkan kita lalai hingga jadi sombong, riak dan takbur. 

“Selain itu, kita juga adakalanya tidak sedar sedang beristidraj yang mana kita tidak pernah ikut suruhan agama, tidak pernah solat dan puasa tetapi Tuhan beri kekayaan. Perkara itu lebih bahaya dalam hidup dan itulah yang ingin saya kogsi.  

“Atas sebab itu, saya gandingkan Saiful Apek dan Syanie.  Pasangan suami isteri yang alim tetapi akhirnya terjebak dengan pasangan scammer lakonan Anju dan Along Cham yang lalai dengan kehidupan dunia,” katanya yang turut menulis skrip filem ini.  

Mawi menyanyikan lagu runut bunyi filem ini.
Mawi menyanyikan lagu runut bunyi filem ini.

Pada majlis sidang media itu juga, Mawi turut mempersembahkan lagu runut bunyi filem ini yang berjudul Masyhur Sang Sakti ciptaan Anjang Jinbara dan lirik hasil tulisannya sendiri. 

“Waktu pertama kali Anjang perdengarkan melodi lagu ini, saya  suka  sangat danterus hasilkan liriknya untuk dijadikan OST Hantu Kuat Ketawa

“Lagu ini cuma ada lirik muzik video sahaja dan saya sendiri menyanyikannya sebab filem ini bajetnya tidak besar mana pun," katanya seraya ketawa. 

Hantu Kuat Ketawa turut diserikan dengan lakonan Anas Tahir, Imam Muda Asyraf, Keifli AF3, Azhar AF 2012, Mas Lobo, Deen Maideen, Zalif Sidek, Kimmy Low dan Mawi. 

Ia mengisahkan empat scammer iaitu Saiful Apek (Amirul), Syanie Hashim (Aminah), Zarina Anjoulie (Datin Nilam) dan Along Cham (Dato Nizam) cuba melarikan diri serta bersembunyi di sebuah rumah inap di kawasan pendalaman. 

Mereka sering mendengar suara ketawa dari rumah sebelah. Suara ketawa itu membuatkan mereka berasa seram. Banyak kejadian misteri berlaku sepanjang mereka berada di kediaman tersebut. 

Paling ketara, mereka juga sering ketawa tanpa sebab. Misteri ketawa yang berlaku terus menjadi tanda tanya. Ia bukan sahaja menghantui mereka tetapi misteri kehilangan mereka satu persatu turut menjadi tanda tanya. - Getaran, 21 Januari 2022

Gambar: Ellyna Ali (Diambil menggunakan telefon pintar Poco) 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 23 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 12 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 20 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran