web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Kecewa Belum Sohor Kini, Mona Allen Ajak Tonton 'Tarantula X'!

Yakin jalan cerita 'Tarantula X' menarik, Mona berharap peminat menonton filem ini di saluran Astro First sebagai tanda sokongan terhadap karya tempatan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 5:29PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berikutan keadaan negara yang sedang dilanda musibah, media sosial banyak membincangkan dan memberi tumpuan kepada kerja menyelamat dan menguruskan mangsa banjir. Ia juga menjadi antara sebab mengapa banyak program dan filem  tidak trending di media sosial.

 Namun begitu, pelakon Mona Allen tidak berkecil hati apabila filem yang dibintanginya, Tarantula X belum menjadi sohor kini di laman sosial. Meyakini Tarantula X memiliki jalan cerita menarik, pelakon itu berharap peminat akan berkesempatan menontonnya di saluran Astro First untuk memberikan sokongan. 

Diinspirasikan daripada telefilem Tarantula yang pernah dihasilkan 20 tahun lalu, kini filem tersebut dibawa kembali hari ini menerusi Astro First dengan barisan pelakon legenda serta jalan cerita yang diperkemas. 

“Sekarang ini ada banyak benda terjadi seperti situasi banjir dan kebakaran. Saya rasa tak ramai yang tonton di rumah sebab kebanyakkan daripada kita keluar untuk beri bantuan. 

Tarantula X cerita yang menarik dan sehingga hari ini kami masih menerima respons positif daripada mereka yang sudah menonton filem ini. Saya harap lebih ramai lagi akan menontonnya dan sokonglah filem tempatan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Memandangkan tempoh penggambaran singat iaitu hanya 8 hari, mereka terpaksa akur dengan jadual penggambaran yang padat. Apapun, Mona merasakan berlakon dalam Trantula X ialah pengalaman yang tidak dapat dilupakan apalagi bergandingan dengan barisan pelakon senior. 

Tarantula X yang bergenre thriller ini bakal menghimpunkan beberapa pelakon handalan seperti Vanida Imran, Adlin Aman Ramlie, Eman Manan, Namron, Mona Allen, Marissa Yasmin, Rashid Salleh dan ramai lagi. 

Filem ini mengisahkan perempuan mata duitan, Shima lakonan Mona Allen yang suka menjalin hubungan sulit dengan lelaki kaya termasuk suami rakan-rakannya, Ayu (Vanida Imran) dan Liza (Marissa Yasmin).

Apabila Adam (Namron) iaitu suami Ayu menjadi lumpuh dan berkerusi roda akibat serangan jantung, Shima beralih arah kepada suami Liza, Anas (Adlin Aman Ramlie). 

Sebagai sahabat baik kepada Adam dan Anas, Amir yang masih bujang (Rashid Salleh) mendamaikan mereka tetapi gagal. Tanpa pengetahuan Anas, isterinya cuba menjodohkan Amir dengan Shima. Namun, Shima menolak dan menghina Amir.

Modus operandi Shima adalah berswafoto dengan pasangannya di atas katil lalu foto-foto tersebut dijadikan senjata untuk memeras ugut mereka bagi mendapatkan wang yang dapat menampung kehidupan mewahnya.

Apabila Anas ingin memutuskan hubungan, Shima mengugut untuk menyebarkan gambar dan menuntut RM1 juta sekali gus mencetus kemarahan Anas.

Apabila Shima dijumpai mati dibunuh, siasatan yang diketuai ASP Anuar bermula. Sebagai saksi utama, Ain iaitu adik angkat yang tinggal bersama Shima juga tersenarai sebagai suspek pembunuhan termasuk Anas, Ayu, Amir dan Adam.

Setiap mereka mempunyai asas dan sebab untuk melakukan pembunuhan. Teka-teki motif dan suspek dibawa hinggalah ke babak terakhir untuk membongkar misteri pembunuh sebenar Shima.

Penonton boleh menyaksikan Trantula X menerusi Astro First serta dapatkan kemaskini terkini menerusi akaun media sosial mereka.

Gambar: Astro First

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 19 minit yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...