web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Karya 2021 Paling Popular Di Malaysia!

Berikut kami rangkumkan lima drama dan filem paling banyak dicari di Malaysia sepanjang tahun ini.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 9:01AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pejam celik, kita sudah berada di bulan terakhir bagi 2021.  Memandangkan tahun ini kita diuji dengan pandemik dan aktiviti menonton wayang dibekukan, penonton sudah mula beralih kepada siaran televisyen juga platform over-the-top (OTP) atas talian.

Kemunculan platform penstriman telah membuatkan penonton boleh mengakses kandungan luar negara termasuklah filem dan drama. Dalam artikel ini, kami akan rangkumkan lima drama dan filem yang paling banyak dicari di Malaysia sepanjang 2021. Ia ditulis dengan merujuk kepada data-data yang dikongsikan Google Trends.

Squid Game

Menduduki carta pertama, 'Squid Game' yang bersiaran di Netflix tidak hanya mencipta fenomena di Malaysia malah serata dunia sejak ia mula ditayangkan pada September lalu. Bukan itu sahaja, baju pemain dalam 'Squid Game' yang berwarna hijau menjadi antara tema paling banyak menjadi pilihan popular ketika sambutan Halloween bulan lalu.

Ia juta menjadi rancangan Netflix dengan jumlah tontonan paling tinggi iaitu 1.65 bilion jam dalam tempoh empat minggu ia menemui penonton. 

True Beauty

Menduduki tangga kedua ialah drama bersiri Korea Selatan yang ditayangkan di Viu True Beauty. Ia mengisahkan Jugyeong Lim yang akan bersolek tebal untuk menyembunyikan wajahnya yang hodoh. Ia diadaptasi daripada webtoon berbahasa Korea dengan tajuk yang sama.

Siri ini membawakan beberapa isu penting untuk dibincangkan iaitu buli, persahabatan toksik juga budaya memandang seseorang berdasarkan rupa dan penampilan mereka. 

Eternals

Marvel memang memiliki peminat yang tersendiri. Tidak hairanlah jika ia menjadi antara filem yang paling banyak dicari pada tahun ini. Filem superhero ini diadaptasi daripada watak  komik Marvel, Eternals. Eternals bertindak melindungi manusia daripada kuasa-kuasa jahat iaitu Deviants.

Namun begitu, filem ini mendapat rating rendah di Rotten Tomatoes iaitu 70 peratus berbanding karya Marvel yang lain. 

Takdir Yang Tertulis

Merupakan antara drama Melayu yang selalu sohor kini setiap kali siaran. Lakonan Nazim Othman dan Nad Zainal ini menceritakan tentang perkahwinan yang dimulakan dengan penipuan. Lama kelamaan penipuan itu terjawab satu persatu.

Bukan itu sahaja, drama berkenaan berjaya meraih 14 juta tontonan sejak ia ditayangkan. 

Bigg Boss 4 

Merupakan rancangan realiti TV India yang sudah memasuki musim keempat. Rancangan yang disiarkan menerusi Disney +Hotstar ini diilhamkan menerusi rancangan Big Brother di Netherlands.

Peserta akan ditempatkan di sebuah rumah beramai-ramai tanpa telefon, televisyen dan internet. Penonton boleh memilih peserta mana untuk memenangi pertandingan ini.  

Demikianlah 5 filem dan drama yang telah menjadi topik carian paling tinggi di Google pada tahun ini. Daripada senarai ini, dapat kita lihat penonton di Malaysia mempunyai citarasa juga kecenderungan berbeza dalam memilih rancangan.

Ada dalam senarai ini yang merupakan rancangan kesukaan anda? - Getaran, 17 Disember 2021

Gambar: Wikipedia, Instagram Nazim Othman

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN