web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Lega Sangat Apabila Tersingkir!” – Datuk Fazley

Menjadi peserta kedua tersingkir di pentas Gegar Vaganza Musim Kelapan, Datuk Fazley akui lega dan puas.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 2:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sering ditanya bilakah dirinya akan tersingkir oleh netizen, akhirnya Datuk Fazley tersingkir jua dalam pertandingan nyanyian, Gegar Vaganza (GV) musim kelapan malam tadi.

Pada konsert minggu keempat itu, Fazley mendendangkan lagu ‘Mahligai Syahdu’ nyanyian asal Datuk Hattan.

Biarpun netizen memuji persembahannya yang dikatakan antara yang terbaik sepanjang empat minggu, namun rezeki untuk terus bertanding bukan miliknya apabila tewas dengan hanya 0.5 markah di belakang peserta dari Indonesia iaitu Upiak Isil. 

Fazley ketika ditemui di sidang media selepas penyingkirannya berkata, dia lega dan puas kerana telah memberikan persembahan yang lebih baik daripada minggu lalu. 

“Saya rasa lega apabila tersingkir. Saya tahu pentas GV ini bukan pentas saya. Apabila saya melihat profil peserta-peserta lain yang bertanding, saya rasa mereka terlampau tinggi berbanding dengan apa yang saya tampilkan.

“Walaupun saya sudah buat yang terbaik, tetapi yang lain buat jauh lebih baik setiap minggu. 

“Tempat saya adalah dalam studio. Saya penyanyi rakaman, bukan penyanyi pentas. Kalau di studio kita menyanyi dan kalau tersilap kita boleh baiki,” katanya.

Katanya lagi, untuk dirinya bertanding di atas pentas nyanyian, GV adalah pertama dan yang terakhir untuknya.

“Saya buat untuk anak saya. Pencapaian saya sampai minggu keempat pun saya rasa di luar jangkaan saya. Saya ingatkan minggu pertama saya sudah terkeluar. Rupanya tiada penyingkiran,” tambahnya.

Ditanya adakah dia ralat dengan jurang markah yang begitu tipis di antara dirinya (50.0) dan Upiak (50.50), kata Fazley, Upiak lebih layak berada di atas pentas GV.

“Saya ada berbual dengannya. Dia lebih layak kerana kepayahan beliau datang dari Indonesia dengan keadaan yang serba kekurangan.  Ini adalah pentasnya untuk mencari rezeki. Rezeki saya di bidang lain,” ujarnya.

Fazley turut merancang untuk mengadakan ‘showcase’ istimewa yang diberi nama ‘Yang Sedang Sedang Saja’ yang bakal diadakan di restorannya sendiri iaitu Suka Sucre Bistro dalam masa terdekat. - Getaran, 13 Disember 2021

Gambar : Astro /AzrulRafie

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Dem Lepak Boyz Dan Firdaus Rahmat Tersingkir Di Minggu Separuh Akhir Big Stage 2023

3

Muzik 2 tahun yang lalu

“Dia Sepatutnya Menyanyi Lagu Britney Spears, Bukan Christina Aguilera” – Juri Singkirkan Peserta Dari Singapura, Farhan Shah

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Big Stage 2023 - Persembahan Gagal Beri Impak, Juri Tetap Tidak Mahu Beri ‘Imuniti X’ Kali Kedua Buat Naufal Azrin

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 21 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN