web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selamat Tinggal Dunia Lakonan - Hans Isaac 

Hans Isaac Mengundurkan diri daripada dunia lakonan untuk fokus terhadap bisnes dan perkara-perkara lain yang sedang dilakukannya ketika ini. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 3:21PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas 25 tahun berlakon, selebriti yang kini bergelar usahawan dan ahli politik, Datuk Hans Isaac akhirnya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada dunia lakonan. 

Keputusan itu dibuat Hans kerana mahu fokus terhadap bisnes dan perkara-perkara lain yang sedang dilakukannya ketika ini. 

Bahkan, dia juga mengakui sudah banyak perkara telah dicapainya sebagai pelakon termasuk membintangi karya produksi dari luar seperti Thailand, Singapura dan Indonesia. 

“Seperti yang mereka katakan, semua perkara yang baik akan ada pengakhiran. Dan, selepas 25 tahun menjadi pelakon, ia bukanlah suatu perjalanan yang buruk. Saya telah direstui, saya benar-benar direstui dan akan sentiasa bersyukur,” katanya kepada Portal Getaran. 

Mengimbas semula pembabitannya dalam bidang lakonan, Hans berkata, semuanya bermula apabila Datin Paduka Shuhaimi Baba memberi peluang kepadanya untuk beraksi dalam filem Ringgit Kasorrga pada 1994. 

“Berlakon bukanlah minat saya tetapi saya belajar untuk mencintai dan menikmati proses itu serta bertuah kerana dapat bekerja dengan mereka yang terbaik dalam industri,” katanya yang kini berada Kota Kinabalu untuk pembukaan pawagam 10 Star Cinema. 

Sepanjang 25 tahun mengukir nama sebagai aktor, Hans telah membintangi 30 filem cereka beserta sejumlah besar drama dan rancangan TV. 

Antara filem yang dibintanginya selain Ringgit Kasorrga adalah Layar Lara, Amok, Gemilang, Buli, Cinta Luar Biasa, Baik Punya Cilok, filem Filipina berjudul Miss You Like Crazy serta City Sharks (Singapura).

Bahkan dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Layar Lara dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Buli Balik

“Kini sudah tiba masanya untuk mengundurkan diri dan memberi laluan kepada wajah-wajah baru untuk mewarnai dunia lakonan," katanya lagi. 

Mengenai perancangan bisnes yang sedang diusahakannya ketika ini, Hans mengakui, dia seorang yang tidak boleh duduk diam dan sentiasa terfikir untuk melakukan sesuatu. 

“Mereka yang mengenali saya tahu saya bukan jenis yang duduk diam atau tidak melakukan apa-apa. 

“Saya selalu bertanya kepada diri sendiri, apa dan siapa Hans seterusnya? Apabila saya telah mencapai matlamat tertentu, saya akan bertanya lagi, bagaimana saya boleh menambah baik dan pada masa sama memberi peluang kepada orang lain di sekeliling saya?

“Apapun, saya akan terus menyokong industri seperti biasa. Ada bahagian lain dalam sisi pawagam iaitu pengurusan dan mungkin juga ke pentas bersama Awie dan Afdlin dari semasa ke semasa untuk ketawa, beriadah serta berseronok.

“Harapan saya adalah untuk mengarahkan satu lagi teater muzikal di Istana Budaya suatu hari nanti dan akan terus meluangkan masa untuk membina empayar saya,” katanya lagi. 

Mengakhiri kenyataan tentang pengundurannya, Hans berkata, jika tiada yang mempercayai bakatnya sebelum ini, maka tiada Hans Isaac si pelakon. 

“Dengan itu, terima kasih kepada semua penerbit, pengarah, rakan sekerja dan kru produksi kerana telah memberi saya sebahagian kenangan terbaik dalam hidup.

“Saya selalu melihat peminat sebagai kawan saya. Mereka sentiasa bersama saya sepanjang kembara seni ini. Terima kasih atas sokongan selama ini dalam apa juga yang saya lakukan. Satu bab telah tamat, satu bab baru bermula,” katanya lagi. - Getaran, 7 Disember 2021

Gambar: Instagram @hansisaac

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

Dulu Kejar Populariti, Kini Cari Reda Ilahi - Mahmud Ali Bashah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN