web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Red Notice' Filem Paling Banyak Ditonton Di Netflix

'Red Notice' raih 328.8 juta jumlah tontonan sejam, sekali gus menewaskan rekod yang pernah dicatat filem 'Bird Box' lakonan Sandra Bullock pada 2018 dengan catatan 2,828 jumlah tontonan sejam. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 2:45PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak dinafikan Red Notice adalah produksi paling mahal pernah diterbitkan Netflix. Namun, pelaburan yang dibuat platform penstriminan digital itu nampaknya amat berbaloi apabila filem aksi komedi itu menjadi karya paling banyak distrim sepanjang masa. 

Perkara itu telah dikongsi salah seorang bintangnya, Dawyne Johnson menerusi platform media sosialnya.  Dalam hantaran yang dimuat naik bekas bintang gusti yang dulunya dikenali sebagai The Rock ini memberitahu Red Notice telah berjaya mencatat 328.8 juta jumlah tontonan sejam. 

Ia sekali gus berjaya menewaskan rekod yang pernah dicatatkan filem Bird Box lakonan Sandra Bullock pada 2018 dengan catatan 2,828 jumlah tonton sejam. 

Memetik laporan CNN pula, setakat ini 50 peratus penonton yang melanggan Netflix di seluruh dunia telah pun menonton Red Notice

Filem tersebut juga hanya mengambil tempoh selama 18 hari untuk mencipta kejayaan tersebut, berbanding Bird Box selama empat minggu. 

Red Notice yang diarahkan Rawson Marshall Thurber dibintangi Dwayne Johnson bersama Ryan Reynolds dan Gal Gadot. Diterbitkan Johnson di bawah syarikat produksinya, Seven Bucks Productions, ia mula ditayangkan di platform Netflix pada 5 November lalu. 

Menurut Netflix pula, Red Notice yang ditulis Rawson Marshall Thurber masih lagi kekal dalam senarai filem Top 10 di 94 negara dalam platform tersebut. 

Red Notice mengisahkan seorang profiler pemprofil FB, John Hartley lakonan Johnson, yang terpaksa bekerjasama dengan pencuri seni terhebat dunia, Nolan Booth (Reynolds) dalam rompakan berani untuk menangkap penjenayah paling dikehendaki, The Bishop (Gadot).

Apabila Interpol mengeluarkan Red Notice, waran paling tinggi untuk memburu dan menangkap penjenayah paling merbahaya, John Hartley ditugaskan untuk menyelesaikan kes tersebut. 

Pemburuan itu membawa ketiga-tiga mereka mengelilingi dunia termasuklah terdampar di atas lantai tari, terperangkap di dalam penjara dan terhumban di dalam hutan. 

Di sebalik kejayaan Red Notice diangkat sebagai filem paling banyak ditonton dalam sejarah Netflix, ia gagal mendapat ulasan dan pujian yang baik daripada pengkritik-pengkritik filem. 

Kebanyakan mereka berpendapat Red Notice adalah sebuah karya yang gagal dan barisan pelakonnya dilihat tidak ada keserasian dalam skrin. - Getaran, 7 Disember 2021

Gambar: Netflix

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN