web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


 'Squid Game' menang Di Anugerah Gotham 

Drama bersiri siaran Netflix ini menerima anugerah Breakthrough Series - Long Format (melebihi 40 minit), menewaskan 'Small Axe', 'It's A Sin,', 'The Good Lord Bird', "'The Underground Railroad' dan 'The White Lotus'.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2021 12:15PM

Gambar: soompi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siri 'Squid Game' memenangi anugerah siri TV jangka panjang terbaik di Anugerah Gotham sekali gus menjadi pemenang pertama dari Korea Selatan pada majlis meraikan filem indie dengan bajet rendah dan Siri TV di Amerika Syarikat, lapor Agensi Berita Yonhap.

Pada majlis anugerah yang berlangsung di Cipriani Wall Street di New York City pada Isnin (waktu AS) lalu, drama bersiri yang disiarkan di Netflix itu menerima anugerah Breakthrough Series - Long Format (melebihi 40 minit), menewaskan 'Small Axe', 'It's A Sin,', 'The Good Lord Bird', "'The Underground Railroad' dan 'The White Lotus'.

Bagaimanapun, pelakon utamanya Lee Jung Jae tidak memenangi kategori Persembahan Cemerlang dalam kategori Siri Baharu. Sebaliknya, Thuso Mbedu dalam 'The Underground Railroad' dan Ethan Hawke dalam 'The Good Lord Bird' berkongsi anugerah itu.

"Kisah ini mengambil masa 12 tahun untuk dihasil dan dipersembahkan kepada orang ramai, tetapi ia mengambil masa kurang daripada 12 hari untuk menjadi drama bersiri nombor satu di planet ini. Ia satu yang menakjubkan.

"Terima kasih kerana menonton dan menyukainya. Terima kasih banyak-banyak," kata penulis dan pengarah Hwang Dong Hyuk dalam ucapannya.

Ini kali pertama kandungan buatan Korea Selatan meraih kemenangan di Anugerah Gotham anjuran Projek Pembuat Filem Bebas (Indie) yang juga merupakan anugerah filem awal sebelum Anugerah Akademi yang dijadualkan pada Mac.

Drama dan Filem yang dibuat dengan anggaran kos di bawah US$35 juta layak dicalonkan di Gotham.

Sejak disiar secara rasmi pada 17 September lalu, 'Squid Game' menyapu bersih carta popular Netflix di seluruh dunia, menduduki tangga pertama di lebih 90 negara di mana perkhidmatan penstriman itu boleh didapati.

Ia juga menjadi kandungan Netflix paling banyak ditonton sepanjang masa dengan jumlah penstriman 1.65 bilion jam pada empat minggu pertama penyiarannya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN