web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Jangan Ganggu Jodohku' Papar Kisah Wanita Terbuka Hijab

Drama 'Jangan Ganggu Jodohku' ketengahkan kisah wanita yang dapat melihat roh sehingga sukar bertemu jodoh. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 8:32AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Slot Megadrama di Astro Ria telah muncul dengan sebuah karya terbaharu berjudul 'Jangan Ganggu Jodohku' yang dibintangi Shaza Bae, Yusof Bahrin, Amerul Affendi, Norreen Iman, Hasnul Rahmat, Shah Iskandar, Sherry Ibrahim, Aloy Paradoks dan ramai lagi.

Ia merupakan drama bersiri pertama untuk slot Megadrama yang mengabungkan elemen seram dan komedi romantik.

'Jangan Ganggu Jodohku' mengisahkan Aliza (Shaza Bae) mempunyai kebolehan melihat roh yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Malangnya, kemampuan ini mengundang roh-roh itu mengganggunya. Ia boleh jadi sangat menakutkan atau lucu.  

Dari kecil Aliza berkawan dengan jin bernama Abu (Amerul Affendi dan Aloy Paradoks). Jin inilah yang selalu menyelamatkan Aliza daripada diganggu roh. Jin itu sebenarnya sudah jatuh cinta pada Aliza.

Personaliti Aliza yang ceria membuatkan dia disukai semua orang sekelilingnya. Dia sangat terbuka hati untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukannya. Disebabkan personalitinya itu ramai ibu mahu bermenantkan Aliza. 

Lelaki juga tidak terlepas merebutkan perhatiannya dan berniat untuk mengahwininya. Namun, Aliza menolak setiap lamaran yang datang tanpa sebarang keraguan. Keluarga Aliza risau dengan keadaannya. Mereka mahu Aliza berkahwin secepat mungkin. 

Aliza sedang berhadapan dengan penyakit misteri. Setiap penolakkan lamaran ada sebabnya. Setiap kali seseorang cuba melamar Aliza, sikapnya berubah secara drastik. Daripada seorang yang sopan dan lembut, dia boleh menjadi kasar dan pemarah. 

Aliza juga akan jatuh sakit, menjerit dan pengsan. Dia sudah bosan dengan 'penyakit' yang dialaminya itu. Jauh di sudut hati, dia sama seperti gadis lain yang ingin dicintai dan berkahwin suatu hari nanti. 

Hatinya telah terpaut dengan Doktor Imran (Yusuf Bahrin). Rupa-rupanya jejaka itu mempunyai keistimewaan seperti Aliza namun cuba menafikan hakikat itu kerana profesyennya sebagai seorang doktor.

Adakah Aliza dapat mencari jalan penyelesaian untuk masalah yang ditanggung ini? Atau akan jadi lebih buruk kerana ia terus menerus mengganggu Aliza?

Bercerita lebih lanjut mengenai watak Aliza, Shaza Bae mengakui dia berasa sangat puas dan berterima kasih kerana diberi peluang menjayakan watak ini.

"Aliza adalah anugerah untuk saya. Saya sangat suka watak ini walaupun sengat penat untuk menjayakannya. Saya kehilangan beberapa kilogram sewaktu melakonkan watak ini. 

"Cabaran saya dalam drama ini adalah saya perlu memainkan beberapa watak serta babak dirasuk. Saya perlu berubah menjadi watak yang berbeza-beza setiap kali bertemu orang,” kongsinya.

Jangan lupa menonton drama arahan Jamal Khan ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria bermula semalam (29 November 2021).

Gambar: Astro 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Projek High Council Dah Buktikan Jumlah Pengikut Media Sosial Tak Penting! - Bront Palarae

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Oppa Korea Cakap Melayu?! Saksikan Jang Han-Byul Dalam Siri Terbaru Eksklusif iQIYI ‘Lecturerku, Oppa!’

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN