web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jadi Pelakon Kerana Karya, Bukan Demi Jumlah Pengikut Instagram

Kehebatan mutu lakonan pelakon tidak boleh bersandarkan kayu pengukur yang dangkal seperti jumlah pengikut di laman sosial.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 6:07PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun sebelum ini kecoh beberapa penerbit dan syarikat penyiar meletakkan syarat pelakon utama sesebuah drama yang dihasilkan mestilah mempunyai lebih satu juta pengikut di Instagram.

Namun, bagi pelakon Naim Daniel dan Uyaina Arshad, jumlah pengikut di media sosial bukanlah alasan mengapa mereka diterima sebagai peneraju sesebuah karya.

Kedua-dua pelakon filem Siapa Tutup Lampu? itu berkongsi pendapat yang sama dengan menyatakan walaupun penggunaan media sosial meledak dan menjadi sangat popular hari ini, namun kehebatan mutu lakonan seseorang pelakon tidak boleh bersandarkan satu kayu ukur sahaja.

Alapagi jika kayu ukur itu sangat dangkal iaitu jumlah pengikut di laman sosial.

“Bagi saya jumlah pengikut di laman sosial bukan kayu ukur sama ada mereka mampu untuk berikan lakonan yang terbaik atau sebaliknya. Mutu sesebuah lakonan terpulang kepada setiap pemain. 

“Sebenarnya ini juga adalah isu yang selalu dibincangkan sesama kami para pelakon ketika waktu rehat di lokasi penggambaran. Kami (pelakon) tidak rasa kami di sini kerana media sosial, tetapi kerana kami ingin memberi penghargaan kepada sesuatu karya,” kata Naim ketika ditemui Getaran di sidang media filem Siapa Tutup Lampu? baru-baru ini.

Menurut pelantun lagu 'Purnama' itu lagi, dia sangat berbangga diberi kesempatan untuk berlakon dengan insan seni yang berbakat.

“Kami di sini bukan kerana pengikut kami berjuta-juta tetapi kerana rindu nak bekerja dengan mereka yang betul-betul menyayangi industri,” tambahnya.

Manakala bagi Uyaina pula, dia akan bersetuju untuk melakonkan sesuatu watak selepas membaca sinopsis dan skrip sesuatu karya. Jika ternyata ia sebuah cerita yang bagus, maka pelakon itu akan menerima tawaran tersebut dengan senang hati.

“Jika dilihat peneraju drama ini bukanlah dua orang seperti yang selalu kita lihat. Siapa Tutup Hantu? menampilkan lima watak yang menggerakkan alur cerita. Betapa saya bangga untuk bekerja dengan mereka yang berbakat tidak kiralah jumlah pengikut yang ada.

“Bagi pemilihan watak, mungkin penerbit ada alasan sendiri untuk memilih pemain. Namun untuk saya, bila baca sinopsis dan skrip, saya terus ingin menjadi sebahagian daripada filem ini tanpa mengetahui siapakah pemain lain yang akan turut sama dalam filem ini,” katanya.

Cerita Siapa Tutup Lampu? merupakan karya adaptasi daripada skrip teater dengan judul yang sama. Menampilkan lima sahabat Akmal, Arif, Aryana, Azie dan Amir dalam perjalanan menikmati percutian di Genting Highland.

Entah bagaimana, tiba-tiba mereka terlibat dalam satu kemalangan. Mereka kemudian berada di bilik mayat untuk sesi pengecaman jenazah. Siapa sangka ia kemudian membawa mereka kepada sebuah misteri yang lebih hebat. Siapa Tutup Lampu? ditayangkan di Astro First mulai 25 November lalu.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila beberapa artis mendedahkan terdapat syarikat penyiar yang meletakkan syarat mesti mempunyai pengikut lebih satu juta di Instagram untuk diambil berlakon.

Kriteria tersebut telah menuai komen dan kritikan yang pelbagai daripada pelakon, penggiat seni serta masyarakat umum dengan menganggap kriteria itu agak keterlaluan. - Getaran, 29 November 2021 

Gambar: Fail 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 18 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN