web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Film Wallet PVOD Lancar Pawagam Atas Talian Pertama Di Malaysia

Film Wallet PVOD membolehkan pengguna menonton filem terbaharu dalam harga yang mampu milik dan boleh ditonton pada bila-bila sahaja.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 26 Nov 2021 3:21PM

Gambar: The Socialisters Huey Hiew Social Media

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Dr. Md Nasir Ibrahim telah menghadiri pelancaran pawagam atas talian yang pertama di Malaysia - Film Wallet Premium Video-On-Demand atau lebih dikenali sebagai Film Wallet PVOD yang akan merevolusikan dan meningkatkan pengalaman pengguna untuk menonton filem di persekitaran yang selamat dan selesa.

Selain sebuah platform perkhidmatan media over-the-top (OTT) yang berinovatif, Film Wallet PVOD juga sedang bekerjasama dengan penerbit dan pengedar tempatan serta antarabangsa dalam menjayakan penghasilan filem dan pelepaskan kandungan antarabangsa yang eksklusif.

Film Wallet PVOD juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan platform itu ke dua negara yang ada di Asia Tenggara pada Febuari 2022 kerana ini boleh membenarkan pengeluaran tempatan untuk mencapai penonton yang lebih ramai.

Setelah ditubuhkan seratus peratus oleh syarikat Malaysia, Film Wallet PVOD menawar ratusan kandungan yang diminati ramai dari seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Hong Kong, China, Korea, Eropah dan banyak lagi.

Dengan ini, pengguna tidak perlu komited terhadap bayaran langganan bulanan penstriman untuk menonton  kandungan yang berdefinasi tinggi tetapi mampu membeli filem yang diingini pada harga serendah RM1.90 yang boleh ditonton berkali-kali dalam tempoh masa yang diberikan.

Dengan penubuhan Film Wallet PVOD, ia membenarkan pengguna untuk menonton filem terbaharu dalam harga yang mampu milik dan boleh ditonton pada bila-bila sahaja.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Film Wallet PVOD, Jack Yeoh berkata, “Film Wallet PVOD ini bukan sekadar satu solusi kepada pengguna untuk mendapat akses untuk menonton filem kegemaran mereka tanpa merisaukan bayaran langganan pensrtiman, malah menjadi sebuah inisiatif untuk merangsang industri filem di Malaysia.

"Dengan pelancaran Film Wallet PVOD ke dua negara Asia Tenggara yang akan datang, kami berazam untuk menyumbang kepada pertumbuhan industri filem tempatan dengan menyebarkan kandungan mereka ke pasaran antarabangsa.”

Pada sidang akhbar yang lalu, Film Wallet PVOD mengumumkan penglibatan mereka dalam filem tempatan bertajuk Syaitan Nirrajim arahan Ayez Shaukat, Where You Are (Woo Ming Jin), dan Isolasi (Ryon Lee) dijangka untuk dikeluarkan pada tahun depan.

Film Wallet juga akan memperkenalkan kolaborasi mereka bersama kandungan antarabangsa Celestial Tiger Entertainment dari Hong Kong serta pengguna dapat akses kepada filem aksi mengerikan dari seluruh dunia yang berjenama 'KIX'.

Pengguna boleh menjangka pengedar filem tempatan dan antarabangsa dapat didedahkan pada bulan-bulan berikutnya dengan meningkatkan bilangan kandungan eksklusif pada platform OTT.

Md Nasir. Gambar: Fail
Md Nasir. Gambar: Fail

Selaku teraju FINAS, Md Nasir Ibrahim berkata pelancaran Film Wallet PVOD akan membawa kesan yang positif kepada ekosistem industri filem sebagai platform hiburan digital yang baharu.

"Perkara yang mendapat tumpuan saya ialah keupayaan Film Wallet untuk mengembangkan platform mereka di peringkat antarabangsa pada masa yang singkat. Visi mereka untuk mengeksportasi filem tempatan selaras dengan program FINAS untuk mempromosikan filem tempatan ke pasaran antarabangsa.” - Bernama 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 19 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN