web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isteri Akan Teruskan Impian Mamat Khalid Bina Sarang Di Ipoh 

Hasmah Hassan atau Intan berkongsi tanpa pengetahuannya, Allahyarham Mamat sudah berbincang dengan wakil kerajaan negeri untuk bina Sarang Art Hub.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2021 9:11PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terkilan! Itulah perkataan yang keluar dari mulut  Hasmah Hassan atau mesra disapa Kak Intan tatkala bercerita tentang detik-detik pemergian suaminya yang juga pengarah filem tersohor, Allahyarham Mamat Khalid. 

Ketika ditemui di kediamannya di Ipoh, Intan memberitahu dia terkilan kerana arwah suaminya itu pergi begitu sahaja tanpa sebarang tanda-tanda sakit. 

“Memanglah dia mempunyai sejarah penyakit jantung. Selalunya dia jatuh sakit dahulu dan kemudian dia sendiri akan menghubungi hospital untuk menjalani rawatan. Tetapi, kali ini memang berbeza sungguh. Dia tiba-tiba rebah dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Saya sendiri tidak sempat ada bersama dengan dia pada detik cemas itu sehinggalah sewaktu dia menghembuskan nafas terakhir. Mungkin itulah yang dia mahukan," katanya kepada Getaran.  

Intan ketika ditemui di kediamannya di Ipoh.
Intan ketika ditemui di kediamannya di Ipoh.

Kongsi Intan lagi, Mamat bagaimanapun ada memberitahu pembantu peribadinya bahawa dia merasakan waktunya untuk pergi semakin hampir. 

“Sebelum meninggal dunia, dia ada memberitahu salah sorang pekerja yang dia mahu jumpa dua sahabat baiknya yang ada di situ. 

“Insiden ini berlaku di Sarang Art Hub. Namun, apabila pekerja itu menoleh ke arah tempat yang dimaksudkan Mamat, tiada siapa pun di situ.  

“Hingga saat ini saya pun bingung siapakah dua kawan yang dimaksudkannya itu tetapi mungkin salah seorang daripadanya adalah Loloq. Mamat memang sangat rapat dengan Loloq,” katanya. 

Allahyarham Mamat dan Intan bersama anak-anak.
Allahyarham Mamat dan Intan bersama anak-anak.

Pemergian mengejut Mamat Khalid sememangnya memberi impak yang cukup besar dan mendalam buat dirinya dan anak-anak. Meskipun berat, dia reda dengan ketentuan Ilahi. 

“Waktu dia sedar semula daripada koma yang kedua, dia dan anaknya, Mohd Khalid Amen Mohamad, 26, sepatutnya mengarah karya masing-masing. Dia mengarah sebuah siri manakala Amen pula mengarah siri pertamanya dan begitulah seterusnya. 

“Namun, entah mengapa dia tidak mahu perkara itu berlaku. Dia seolah-olah terlalu ghairah untuk mengarah dan mahu Amen bersabar dahulu," katanya. 

Menurut Intan lagi, kini Amen bakal menggalas tugas mengarah telefilem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali. 

“Sebenarnya banyak lagi karya-karya Mamat yang masih tertunda. Antaranya, filem epik Enam dan Pasir Salak Berdarah Lagi

“Tengoklah macam mana nanti. Saya percaya Amen juga mampu memikul tugas ini kerana dia pernah beberapa kali menjadi pembantu pengarah karya-karya bapanya. Juga dengan bantuan rakan-rakan Mamat,” katanya. 

Bekas tapak bangunan kerajaan yang mahu direalisasikan Allahyarham Mamat sebagai Sarang Art Hub di Ipoh.
Bekas tapak bangunan kerajaan yang mahu direalisasikan Allahyarham Mamat sebagai Sarang Art Hub di Ipoh.

Sambung Intan, sebetulnya banyak perkara yang dirahsiakan Mamat daripada pengetahuannya. 

“Salah satu daripadanya ialah perancangan untuk membina Sarang Art Hub di Ipoh. Memang dia nak sangat buat satu lagi Sarang ARt Hub di Ipoh. 

“Tetapi, saya tidak sangka dia cukup serius dengan perkara itu malah tanpa pengetahuan saya dia sudah bertemu dan berbincang dengan wakil pihak kerajaan negeri di Ipoh serta sudah mengenalpasti lokasi strategik.   

“Saya juga tahu dia ada banyak koleksi barang antik dan retro yang disimpan di rumah milik kawannya. Barang-barang itu terlalu banyak. Selepas dia (Mamat) meninggal dunia, saya telah didatangi wakil kerajaan negeri bertanyakan tentang status Sarang Art Hub di Ipoh dan juga diberitahu tentang koleks antik itu.

“Mungkin saya akan teruskan perancangan Mamat untuk membina Sarang Art Hub dan sebahagian dari tempat itu dijadikan galeri Mamat Khalid buat tatapan peminatnya. 

“Bagaimanapun, untuk membersih dan bina Sarang Art Hub di situ memang banyak kerjanya kerana ia bekas bangunan tinggal kerajaan," katanya yang turut memaklumkan Sarang Art Hub di Tanjung Malim buat masa ini akan dikekalkan dan beroperasi seperti biasa. 

 Sehingga saat ini, Intan tidak pernah berhenti mengunjungi pusara Mamat yang terletak di Tanah Perkuburan Wakaf Masjid Paloh di Ipoh, Perak. 

“Boleh kata hampir setiap hari saya pergi jika tidak ada halangan atau rencana lain. Apa yang mengejutkan saya, setiap kali ke sana, pusaranya tidak putus dikunjungi peminat-peminatnya. 

“Mereka datang dari pelbagai pelusuk tempat dan mereka kenalkan diri sebagai peminat Mamat Khalid,” katanya. 

Mamat Khalid yang terkenal dengan filem Hantu Kak Limah dan siri Kampong Pisang memiliki lima cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan Hasmah Hassan. 

Mereka terdiri daripada Mohd Khalid Zaffa Mohamad, Sara Mohamad, Mohd Adam Khalid Mohamad serta Nuhassanah Mohamad atau Ann yang kini sedang mengikuti pengajian di United Kingdom. 

Gambar: Ellyna Ali  (Dirakam menggunakan Poco 3)

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kilang Ubat Di Ipoh Musnah Terbakar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Denggi Di Ipoh Naik 265 Peratus, Musim Hujan Berterusan Antara Faktor

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 18 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN