web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Peringatan Mesra' Annuar Musa Untuk Penggiat Seni Belum Terima Vaksin

Menteri Komunikasi dan Multimedia ini tidak mahu COVID-19 menjadi penghalang penggiat seni membuat penggambaran, pertunjukan pentas dan sebagainya.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Nov 2021 12:46PM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Keluarga Malaysia Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) malam tadi. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa malam tadi memberi 'peringatan mesra' kepada penggiat seni yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 supaya segera berbuat demikian dan seterusnya kembali berkarya.

Beliau berkata ini adalah ikhtiar bagi melindungi diri mereka daripada jangkitan virus berbahaya itu kerana suntikan vaksin dapat mengurangkan kebolehjangkitan kepada orang lain.

"Kita kena hidup dengan COVID-19 dan jangan (sampai) COVID-19 menghalang kita daripada membuat penggambaran, kita tak boleh buat pertunjukan pentas, menyanyi dan sebagainya.

"Kita kembali ke kehidupan yang biasa sebab ikhtiar dah buat, kerajaan sudah buat tapi kalau kita sendiri tak nak ambil (vaksin COVID-19) maka kita akan menanggung risiko," katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Program Keluarga Malaysia Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di sini.

Pada majlis itu, Annuar menyampaikan sumbangan kepada 45 artis veteran.

Turut hadir Pengerusi FINAS Zakaria Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS Profesor Dr Md Nasir Ibrahim dan Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Mastura Ahmad Mustafa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 17 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN