Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Iwan, Shahir sertai Program Realiti TV 'Hijrahkan Laguku'

Saluran TV Al Hijrah tampil dengan program realiti nyanyian 'Hijrahkan Laguku' yang menampilkan lapan peserta popular termasuklah Iwan dan Shahir.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 3:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TV AlHijrah memperkukuhkan kedudukan stesennya sebagai ejen penyebar dakwah di platform penyiaran dengan membawakan sebuah program pertandingan nyanyian berkonsepkan realiti TV berjudul Hijrahkan Laguku.

Pertaruhan berani ini dibuat setelah melihat kepada keperluan metodologi dakwah yang lebih kreatif, bersesuaian dengan konsep Keluarga Malaysia, peredaran zaman, kehendak penonton serta selari dengan tuntutan syarak.

Hijrahkan Laguku adalah rancangan pertandingan hiburan Islamik menampilkan gabungan lapan penyanyi lama-baru dalam industri hiburan tanah air yang akan menyampaikan mesej dakwah menerusi lirik lagu yang digubah hingga akhirnya salah seorang daripada mereka bergelar juara pertandingan.

Bercerita mengenai buah tangan terbaharu TV AlHijrah itu, Namanzee Harris selaku Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah berkata, Hijrahkan Laguku bakal menjadi fenomena yang mampu membentuk masyarakat serta mencetuskan gelombang pembangunan jiwa ummah.

“Simbiosis kukuh di antara manusia dan seni muzik tidak dapat dinafikan. Manusia secara fitrah mudah tertarik kepada bunyi-bunyian yang menyenangkan, lirik lagu yang mempesona serta seni persembahan yang memberi kedamaian. 

“Rancangan Hijrahkan Laguku mempunyai kekuatan untuk memenuhi kehendak jiwa manusia yang sukakan muzik. Kita tambah elemen hiburan Islamik serta wasilah dakwah kontemporari yang bertujuan menghubungkan penonton setia stesen ini dengan Allah SWT,” katanya.

Namanzee (tengah) yakin Hijrahkan Laguku akan menjadi fenomena.
Namanzee (tengah) yakin Hijrahkan Laguku akan menjadi fenomena.

Hijrahkan Laguku akan disiarkan secara langsung selama lapan minggu dari Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah, pada setiap Sabtu, jam 9 malam mulai 20 November akan datang.

Mengangkat tema 'Journey Back To Him', Hijrahkan Laguku akan disertai barisan penyanyi popular seperti Datuk Nash Lefthanded, Iwan Shahman, Mark Adam, Pangeran Adam (Adam AF2), Zaf VE, Shahir Zawawi, Zack Kool dan Rahmad Mega. 

 Hijrahkan Laguku membariskan penyanyi lama dan baharu tanah air.
Hijrahkan Laguku membariskan penyanyi lama dan baharu tanah air.

Pemilihan artis yang menyertai pertandingan realiti TV ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria. Antara yang utama adalah kisah penghijrahan mereka yang unik serta mampu mendorong penonton untuk menjadi khalifah Allah yang terbaik di muka bumi ini. Turut diambil kira bakat, aura, karisma serta kekuatan mereka dalam bidang nyanyian.

Dari segi penjurian pula, seorang juri profesional yang merupakan komposer dan penulis lirik telah dipilih untuk menilai persembahan setiap peserta. Tetapi siapakah juri berkenaan hanya akan diumumkan pada konsert yang pertama nanti. 

Ditanya tentang pemilihan peserta di mana semuanya adalah lelaki, kata Namanzee, TV Al Hijrah mengambil kira soal sensitiviti. 

“Kita mengambil kira beberapa perkara seperti sensitiviti berkongsi pentas diantara lelaki dan Wanita. Disebabkan itu kita buat keputusan untuk pilih peserta lelaki dahulu untuk musim pertama ini,” jelasnya.

Sambung Namanzee lagi, sepanjang program ini berlangsung, mereka akan mengambil kira segala maklum balas daripada penonton termasuklah peminat, pihak media dan mereka dalam industri untuk penambahbaikan. 

Melihatkan senarai peserta yang bertanding, terdapat beberapa nama popular yang sebelum ini jarang muncul di kaca televisyen seperti Iwan dan Shahir Zawawi. 

Iwan
Iwan

Menurut Iwan, penyertaannya dalam program ini bermula selepas dia bertemu dengan Faizal Ismail yang merupakan pengacara untuk rancangan ini ketika sama-sama keluar berjemaah. 

“Faizal beritahu saya akan ada satu program nyanyian lagu-lagu dakwah. Dan, dia memujuk saya untuk masuk. Pada mulanya saya agak keberatan kerana sebelum ini pun saya banyak menolak tawaran menyertai rancangan nyanyian. Tetapi apabila mereka beritahu kesemua pesertanya adalah lelaki, saya setuju.

"Seperti yang diketahui, konsep program ini adalah hijrahkan laguku dan kebetulan saya pun sudah 10 tahun berhijrah. Sepanjang berhijrah sudah tujuh album lagu-lagu penghijrahan  berjaya saya hasilkan. Termasuklah lagu-lagu lama saya tukar lirik yang lebih ketuhanan seperti Fantasia Musim Cinta menjadi lagu Asmaul Husna," katanya. 

Sementara itu bagi Shahir pula, dia sudah lama ingin membuat kemunculan semula tetapi pandemik COVID-19 menghalang. Dan, tawaran menyertai program ini adalah peluang terbaiknya untuk mengubati rindu peminat.

Shahir
Shahir

“Sebenarnya saya rancang untuk membuat kemunculan semula pada tahun lepas tetapi terhalang disebabkan pandemik. Tahun ini apabila kerajaan membenarkan kita kembali bekerja dan kebetulan saya dijemput untuk program ini, jadi saya terima. 

“Saya bukan masuk program ini untuk menyatakan saya dah berhijrah tetapi sebagai tanda sokongan kepada peminat. Dan, saya rasa program ini baik untuk pengkarya seni dan selebihnya untuk saya kembali aktif,” katanya.

Maklumat lanjut serta perkembangan terkini rancangan Hijrahkan Laguku boleh didapati di laman sesawang TV AlHijrah, laman media sosial TV AlHijrah, portal HBIT.my serta portal Alhijrahnews.com. - Getaran, 10 November 2021.

Gambar: Helmi Anuar ( Diambil menggunakan Iphone 13 Pro Max) & Facebook Al Hijrah

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

2

Selebriti 10 bulan yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

3

Filem & TV 11 bulan yang lalu

Asalnya Untuk Tayangan Astro First, Tapi Filem Zim Zim Ala Kazim Arahan Mawi Akan Ditayangkan Di Panggung Terlebih Dahulu 

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Muna Shahirah Dedah Jana Pendapatan Enam Angka Sebagai Gamers! 

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran

Muzik 14 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Filem & TV 10 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis