web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cemerlang! 5 Bintang Untuk Filem 'Sa Balik Baju'

Di samping dialog  yang lucu, sesekali anda akan terdiam dan terkesan mengenangkan betapa jujurnya dilema wanita dirakamkan dalam filem ini.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 11:00AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam minggu yang sama Sa Balik Baju ditayangkan di Netflix, Malaysia hangat membicarakan isu sensitif membabitkan hak-hak wanita seperti pelakon menjenakakan perbuatan rogol serta perbincangan 'baby bump' di media sosial. 

Sa Balik Baju terbitan Red Comm ini hadir pada waktu yang tepat apabila membongkar stigma, tekanan serta stereotaip yang terpaksa dihadapi para wanita di Malaysia.

Dalam kata lain, di samping dialog cerita yang lucu, sesekali anda akan terdiam dan terkesan apabila mengenangkan betapa jujurnya sesuatu keadaan itu dirakamkan dalam filem berdurasi hampir dua jam ini. 

Betapa pedihnya realiti hidup sebagai perempuan dalam sebuah sistem yang bobrok. Sa Balik Baju cuba membongkar dilema ini dan mempersoalkan ketidakadilan yang dihadapi sesetengah masyarakat hanya kerana mereka lahir sebagai wanita. 

Ada beberapa isu dan wacana penting dibawakan dalam filem ini. Ia dipecahkan mengikut enam cerita daripada enam pengarah berbeza. Di akhir filem ini, keenam-enam cerita akan disatukan dan mempunyai kesinambungan antara satu sama lain. 

Ia dimulakan dengan kisah Hak Peribody  menceritakan Dahlia yang menjual pakaian dalam. Dahlia dahulunya merupakan seorang penulis yang memperjuangkan isu perkahwinan bawah umur. Love Clicks pula menceritakan mengenai cinta daripada aplikasi cari jodoh.

Bukan Salah Ibu Mengandung membawa realiti keperitan yang dilalui ibu mengandung. Dalam Kain membincangkan tentang kepercayaan dalam rumah tangga manakala Angkat Kaki membongkar diskriminasi wanita dalam dunia pekerjaan dan Aset tentang gangguan seksual kepada wanita. 

Kesemua cerita ini memiliki tema yang penting dan menurut penulis, pengarah menjayakannya dengan cemerlang sekali. Sesekali penulis  tergamam menonton beberapa babak dalam filem ini mengenangkan rupa-rupanya masih ada ruang lompong yang gagal kita isi apabila membincangkan soal perempuan. 

Aset misalnya membincangkan bagaimana sukarnya para wanita untuk mendapatkan pakaian dalam yang menjadi asas kepada semua wanita di negara ini. Tidak semua pakaian dalam dijual dengan harga mampu milik. Para wanita harus menabung  wang jika mahu membeli pakaian dalam yang bagus bagi menyokong bahagian tubuh masing-masing. 

Mira Filzah menerusi watak Aria jelas menceritakan bagaimana diskriminasi tempat kerja wujud kerana gender berbeza. Situasi ini menyekat potensi dan perkembangan karier seorang wanita. Ia membawa sebuah persoalan penting, mengapa wanita tidak diberikan ruang untuk mencapai hasrat dan impian mereka? 

Ia mengingatkan penulis kepada sebuah data yang pernah dikongsikan Women’s Aid Organisation (WAO) tahun lalu apabila 56 peratus wanita di Malaysia pernah mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk diskriminasi dan gangguan di tempat kerja. Bahkan, 47 peratus wanita pernah ditanya mengenai status perkahwinan mereka dalam temu duga kerja. 

Turut dibahaskan isu gangguan sosial bagaimana lelaki tanpa rasa bersalah berbual tentang bentuk tubuh wanita, melihatnya dengan pandangan mengiurkan dari atas ke bawah. Sedangnya dalam Islam sekalipun menegaskan agar kaum lelaki menundukkan pandangan mereka. 

Tambah menyedihkan terdapat golongan lelaki tidak bertanggungjawab menubuhkan satu kumpulan di Telegram hanya untuk berkongsi gambar dan berbual tentang bentuk badan perempuan. 

Biarpun terdapat beberapa babak yang tidak kemas seperti pengulangan babak Aria melihat Sierra semasa pameran, ia hanyalah  kecil dan tidak mengganggu pengalaman menarik menonton Di Sabalik Baju

Penulis merasakan filem ini tidak hanya cemerlang malah penting untuk ditonton oleh semua. Tahniah kepada semua pengarah, pelakon dan penerbit. 5 bintang untuk Sa Balik Baju!

Rating: 5 Getar

Sumber Foto: Red Comm

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN