web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Elak Kejadian Biadap, Warga Industri Dan Barisan Selebriti Ikrar Tatakelakuan!

Klip temu bual sebuah rancangan yang menjadikan rogol sebagai jenaka itu menunjukkan ketidakpekaan dan kehilangan sikap hormat menghormati sesama rakan industri.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 9:00AM

Lisa Surihani, Namron dan Bront Palarae adalah antara nama besar industri yang menyokong tatakelakuan baru ini

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berikut insiden seorang pelakon menjadikan isu rogol sebagai bahan lawak sehingga mencetuskan  provokasi dan kontroversi luar biasa warganet, barisan selebriti dan penggiat seni tanah air bersoladariti menyokong tatakelakuan bagi industri yang meliputi hal-hal diskriminasi, gangguan dan buli.

Inisiatif itu dilakukan oleh sekumpulan syarikat, anggota gabungan dan individu yang bekerja dalam industri filem, TV dan penerbitan yang dikenali sebagai Integrated Malaysian Actors Network (IMAN), bersama PPFIM (Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia). 

Tatakelakuan ini telah disesuaikan daripada sebuah penerbitan untuk komuniti seni persembahan Malaysia oleh kumpulan seni Five Arts Centre

Klip temu bual sebuah rancangan yang tular itu menunjukkan ketidakpekaan dan kehilangan sikap hormat menghormati sesama rakan industri. 

Maka, beberapa individu telah sama-sama berikrar untuk memberikan komitmen bagi menghormati hak-hak dan kesejahteraan emosi setiap warga industri dan selain itu juga turut mengiktiraf kepelbagaian budaya dan identiti rakyat Malaysia.

Ikrar ini membabitkan 29 syarikat, 50 individu dan satu anggota gabungan.

Dengan berikrar untuk menyokong tatakelakuan ini, mereka mengisytiharkan niat mereka bagi menggalakkan tindakan dan kelakuan khusus dalam setiap urusan profesional dan syarikat, ke arah memastikan para pekerja profesional industri menunjukkan integriti, sikap saling menghormati dan tingkah laku yang sopan. 

Tatakelakuan ini haruslah didukung dan dilaksanakan selaras dengan pembangunan dan penambahbaikan industri filem, TV dan penerbitan di Malaysia.

“Apa yang lebih penting kita gunakan isu ini untuk memperbaiki industri buat masa akan datang. 

“Tatakelakuan ini akan menjadi titik permulaan dalam usaha kita menjadikan industri kita lebih selamat dan beretika,” ujar Bront Palarae yang menjadi antara selebriti yang menyokong ikrar ini.

“Pekerja seni harus jujur dan ikhlas dalam melakukan kerja seni mereka. Hormati kerja dan karya, sebelum, semasa dan selepas mengerjakannya.  Kesenian akan menjadi rendah darjatnya jika pekerja seni hilang hormat pada kerja dan karyanya,” kata Namron dalam satu kenyataan. 

Manakala Lisa Surihani turut menambah setiap pekerja di dalam industri berhak untuk merasa selamat, dilindungi dan bekerja dalam suasana yang penuh beretika. 

Antara selebriti lain yang turut menyokong ikrar ini adalah Nadiya Nisaa, Daiyan Trisha, Sharifah Amani, Yusry Abdul Halim, Shuhaimi Baba, Tam Suhaimi dan Tony Eusoff.

Manakala antara syarikat yang turut berikrar termasuklah Kuman Pictures, Red Communications, WayangWorks, Layar Lucida, Petra Media, Pesona Pictures dan KL Motion Pictures. - Getaran, 23 Oktober 2021

Isu Pada

Rizal Rasid – Tentang Kesihatan Mental

23 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 15 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN