web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ujian Urin Harus Diwajibkan Kepada Seluruh Produksi - Khir

Presiden PROFIMA, Khir Mohd Nor berharap FINAS akan mewajibkan ujian air kencing terhadap seluruh tenaga produksi sebelum memulakan aktiviti penggambaran.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 6:16PM

Gambar Hiasan: Netdoctor

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) berharap pihak Perbadanan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan mengenakan syarat yang lebih ketat kepada  syarikat produksi tempatan yang ingin memohon Sijil Perakuan Penggambaran Filem Khas (SPP Khas) bagi membolehkan mereka membuat aktiviti penggambaran drama mahupun filem. 

Presidennya, Khir Mohd Nor berkata, selain mematuhi setiap syarat SOP yang sudah termaktub di dalam permohonan SPP Khas tersebut, FINAS harus mewajibkan ujian air kencing terhadap seluruh tenaga kerja dalam sesebuah produksi sebelum mereka memulakan aktiviti penggambaran. 

“Kita perlu ambil serius tentang perkara ini. Kita tidak mahu disebabkan nila setitik rosak susu belanga. Jangan disebabkan dua tiga orang ini, seluruh industri kita dicop terlibat dengan gejala dadah. 

“Disebabkan itulah saya sarankan supaya ujian air kencing ini dibuat bersama-sama dengan syarat SOP yang sudah ditetapkan dalam permohonan SPP khas. 

“Hanya dengan cara ini sahaja, kita dapat mengelakkan isu gejala dadah berlaku dalam kalangan kru dan pelakon sewaktu penggambaran dilakukan di sesebuah lokasi,” katanya kepada portal Getaran. 

Menurut Khir lagi, isu mengenai pengambilan dadah dalam kalangan kru produksi dan pelakon harus dihentikan, jika tidak ia akan merosakkan industri. 

“Ia bukan sahaja memberikan kesan kepada penerbit yang mengeluarkan modal tetapi juga menyusahkan orang lain yang sedang bekerja apabila produksi itu terpaksa dihentikan akibat kes dadah. 

“Selain itu, isu-isu seperti ini juga akan membuatkan orang di luar sana berasa takut atau bimbang untuk membenarkan rumah mereka dijadikan lokasi penggambaran. Jika hal ini berlaku, bukankah ia akan menyukarkan keadaan?

“Dan, usah terkejut kalau selepas ini kita lihat polis akan datang menyerbu ke set penggmbaran secara tiba-tiba,” katanya, 

Khir berharap, apa yang berlaku ini akan dijadikan iktibar oleh semua warga industri kreatif hiburan khususnya dalam medium perfileman. 

“Ini bukan soal membuka aib sesiapa. Kalau hendak dikira aib, apa yang telah pun berlaku (kes penahanan) ini sebetulnya sangat memalukan seluruh industri. 

“Penglibatan mereka dengan gejala dadah pula bukanlah baru, bukanlah disebabkan tekanan disebabkan MCO. Sebaliknya, mereka sudah lama terlibat dengan dadah. 

“Takkanlah masih tidak sedar-sedar lagi? Dan, kita juga tidak boleh berkompromi dengan hal-hal sebegini,” katanya. 

Jelas Khir lagi, dia sendiri pernah mengeluarkan arahan kepada kru untuk pulang sewaktu dia mengarah drama di bawah produksinya  suatu ketika dahulu.

“Saya buat begitu sebab mereka ambil dadah. Saya tidak buat apa-apa laporan tetapi suruh balik dan gantikan dengan kru lain. 

“Saya terpaksa buat tindakan seperti itu kerana mereka rosakkan produksi saya. Bayangkanlah, kru pula yang datang lewat ke lokasi berbanding artis. 

“Kemudian ada satu lagi kes yang berlaku dalam produksi saya melibatkan pengarah. Sudahlah terlibat dengan dadah, kemudian bawa perempuan lagi. 

“Inilah masalah-masalah yang sering berlaku dalam industri. Sampai bila kita nak berdepan dengan situasi seperti ini?,” soalnya. 

Mengenai isu tujuh individu dalam penggambaran  yang dijangkiti COVID-19 sehingag mewujudkan kluster penggambaran atau filem, Khir berharap pihak FINAS akan membuat pemantauan lebih ketat supaya syarikat produksi benar-benar mematuhi SOP penggambaran yang telah pun ditetapkan.

“Masalahnya sekarang ini, ada produksi yang tidak menyediakan Penyelia Protokol Penggambaran (PPP) yang bertauliah dan yang akan memantau SOP di penggambaran setiap hari. 

“Ada juga syarikat produksi menipu meletakkan nama pegawai PPP tetapi akhirnya yang menjalankan tugas tersebut adalah PM atau salah seorang kru produksi itu sendiri. 

“Bagaimana mereka nak pastikan SOP ini benar-benar dapat dipatuhi sedangkan tugas mereka mereka di produksi itu sendiri sudah banyak? 

“Syarikat produksi yang tidak memohon SPP Khas pun ada dan saya difahamkan inilah yang berlaku pada produksi yang mewujudkan kluster penggambaran tersebut,” katanya. 

Sambung Khir lagi, kluster penggambaran yang berpunca daripada sikap tidak bertanggungjawab syarikat produksi terbabit bakal menjejaskan industri perfileman. 

“Sebelum ini kita merayu kerajaan benarkan kita bekerja semula. Bagaimana kalau kerajaan tarik semula kebenaran yang diberikan ini? 

“Jadi, tolonglah patuhi SOP. Lantiklah pegawai SPP yang bertauliah. Janganlah ambil mudah perkara ini. Pematuhan SOP ini termasuklah melakukan ujian calitan tiga hari sebelum memulakan penggambaran di lokasi selepas semua kru dan produksi yang terlibat dilengkapi dengan suntikan dua dos vaksin COVID-19. 

“Seandainya penggambaran mengambil masa 10 hari, hari yang ketujuh perlu melakukan ujian calitan secara kendiri dan sehari sebelum penggambaran selesai, kena buat ujian calitan terakhir. 

“Kalau penggambaran memakan masa lebih dari 10 hari maka, hari ke 14, kena buat ujian calitan dan begitulah seterusnya jika penggambaran itu lebih panjang tempohnya. 

“Inilah sebahagian tugas pegawai PPP. Mereka akan melakukan pemantauan ini di lokasi setiap hari termasuk mengambil suhu setiap kru dan pelakon di lokasi serta mencatatnya dalam buku log yang kemudiannya akan diserahkan kepada FINAS,” katanya. 

Sumber: Fail dan Netdoctor

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 14 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN