web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Filem Usahasama Malaysia-Indonesia ‘Backstage’ Bakal Menemui Penonton

Kisah perjuangan seorang gadis yang ingin menjadi penyanyi dengan sokongan kakaknya akan memberikan pengalaman menarik buat penonton.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 2:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah tertunda lebih setahun rentetan pandemik COVID-19, filem Backstage yang merupakan kolaborasi Astro Shaw bersama penerbit terkemuka Indonesia, Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment akhirnya bersedia untuk ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia bermula 30 Disember nanti.

Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment juga secara rasminya telah tampilkan sedutan filem dan poster Backstage buat pertama kali di XXI Metropole, Cikini, Jakarta. Buat penonton Malaysia, sedutan filem rasmi ini juga boleh ditonton menerusi platform media sosial Astro Shaw.

Ketua Pegawai Ekstrailekutif yang juga merangkap Eksekutif Produser Ideosource Entertainment, Andi Boediman menzahirkan rasa gembira apabila Backstage dapat ditayangkan di pawagam.

"Proses pembikinan filem ini daripada fasa penggambaran, kemudian ke fasa penyuntingan telah mengambil masa yang panjang dan setelah menunggu dua tahun, saya rasa gembira akhirnya Backstage akan menemui penonton di pawagam," katanya. 

Manakala Penerbit Paragon Pictures, Robert Ronny berharap karya ini akan mendapat reaksi positif daripada penggemar filem Indonesia terutamanya dalam kalangan remaja. 

“Cerita perjuangan seorang gadis yang ingin menjadi penyanyi dengan sokongan kakaknya ini akan memberikan pengalaman menarik buat penonton," katanya. 

Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata Astro Shaw rasa amat berbesar hati terlibat dalam filem Backstage dan bekerjasama sekali lagi dengan penerbit terkemuka dari Indonesia iaitu Ideosource Entertainment dan Paragon Pictures serta kru dan barisan pelakon berbakat besar.

 “Kami berbangga dapat menjalin kerjasama strategik sekali lagi bersama Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment dalam memperkukuhkan jenama kedua-dua penerbit di peringkat global.

"Kerjasama ini juga dilihat menjadi platform sempurna buat Astro Shaw dalam mempamerkan kredibiliti menyediakan landasan terbaik untuk mengedar dan memasarkan filem dari negara luar, di samping konsisten dengan komitmen berterusan dalam mempersembahkan filem-filem berkualiti kepada penonton Malaysia.

“Kini filem Backstage sudah bersedia untuk dipersembahkan kepada umum. Kami masih meneliti perkembangan sambutan pawagam di Malaysia yang baru sahaja bermula selepas penutupan di sebabkan pandemik. Jika menunjukkan sambutan yang menggalakkan pihak kami akan mempertimbangkan tayangan serentak dengan Indonesia. 

“Filem Backstage akan menjadi filem pertama daripada Astro Shaw untuk tayangan di panggung wayang sejak pawagam tanah air di buka semula selepas pandemik COVID-19. Kami berharap kehadiran Backstage mampu menarik penonton ke pawagam dan sekali gus merancakkan ekonomi filem tempatan," katanya yang turut berharap usahasama ini dapat meneguhka lagi filem serantau Asia. 

Pengarah Filem Backstage, Guntur Soeharjanto berkata, banyak cabaran dalam menghasilkan filem ini termasuklah segala proses dan kerja perlu dihentikan apabila negara berdepan dengan pandemik. Namun segala kerja keras mereka terbalas apabila filem ini bakal menemui penonton penghujung tahun ini.

Sementara itu, pelakon Sissy Prescillia yang menjayakan watak utama Sandra menyatakan bahawa beliau telah pun menyaksikan filem ini ketika proses pasca produksi. Sissy juga mengakui sangat berpuas hati dengan hasilnya. 

 "Saya berpuas hati dengan hasilnya. Kerja keras kami sepanjang musim pandemik sangat berbaloi. Elemen drama kakak dan adiknya sangat kuat dan lagu-lagu yang dipersembahkan juga pasti akan memikat hati penonton. Filem ini wajib ditonton di pawagam," ujarnya. 

Pelakon Vanesha Prescilla yang membawakan watak Elsa dalam filem ini juga berkongsi rasa gembira apabila Backstage akhirnya akan ditayangkan di pawagam. 

Tambah pula Backstage amat istimewa buatnya kerana ini adalah kali pertama beliau bergandingan dengan kakaknya dalam sebuah filem. 

“Filem ini sangat istimewa jadi saya sangat teruja akhirnya ia akan menemui penonton di pawagam. Lebih menarik, filem ini dapat menghiburkan penonton hujung tahun ini," katanya. 

Selain itu pelakon Achmad Megantara yang membawa watak Michael Nara juga teruja dengan tayangan Backstage tidak lama lagi. 

“Ini adalah kali pertama saya bergandingan dengan Vanesha, dan ternyata dia seorang yang sangat terbuka. Saya harap keserasian kami dalam Backstage dapat dirasai oleh penonton dan mampu menghiburkan," katanya.  

Selain Vanesha Prescilla, Sissy Priscillia dan Achmad Megantara, filem ini juga dibintangi Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman serta Roy Sungkono.

Filem Backstage juga akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Ikuti perkembangan dan info tentang Backstage menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw. - Getaran, 12 Oktober 2021

Gambar: Astro Shaw

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN