web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kandungan Kreatif Tidak Langgar Prinsip Rukun Negara Dibenarkan - Annuar

Beliau menjawab soalan sama ada KKMM memantau skrip drama yang sewenang-wenangnya menggunakan watak bergelar Tan Sri dan Datuk Seri yang tidak bermoral.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 2:45PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sentiasa memantau kandungan yang disiarkan di televisyen, dengan penulisan kreatif yang membawa mesej umum serta tidak melanggar prinsip Rukun Negara adalah dibenarkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata penulisan kreatif sememangnya menggunakan sifat-sifat tertentu bagi menyampaikan sesuatu mesej. 

“Dalam masyarakat kita memang banyak jenis gelaran, ada cikgu, ada ustaz, ustazah, tok imam, tok guru, yang berhormat, yang amat berhormat, datuk, datuk seri, datin, tun, toh puan dan sebagainya.

“Kita mengizinkan pendekatan-pendekatan kreatif termasuk dalam skrip drama selagi ia tidak melanggar garis panduan tertentu dan prinsip-prinsip Rukun Negara,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat) di Dewan Rakyat, hari ini.

Hasanuddin ingin tahu sama ada KKMM memantau skrip drama yang sewenang-wenangnya menggunakan watak bergelar Tan Sri dan Datuk Seri yang tidak bermoral.

Secara umumnya, Annuar berkata terdapat dua kaedah perolehan bahan siaran iaitu yang dikeluarkan sendiri oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang bersifat lebih terkawal dengan mesej jelas, serta perolehan idea kreatif termasuk drama oleh pihak lain dengan perlu melalui proses ‘pitching’ untuk penilaian.

Dalam pada itu, beliau berpandangan kandungan drama perlu disesuaikan dengan keadaan semasa dan bertepatan dengan situasi masyarakat. 

“Kita sekarang telah masuk fasa pemulihan negara, maka kita patut menghidupkan kembali semangat Keluarga Malaysia, prinsip kebersamaan, nilai semasa dan nilai nasional kita galakkan untuk diterapkan melalui medium siaran termasuk dalam drama dan telefilem,” katanya.

Kepada soalan Dr Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) sama ada kementerian akan membantu mempromosi sukan gusti negara, Annuar berkata KKMM sedia bekerjasama dengan badan-badan sukan termasuk gusti bagi membantu pertumbuhan sukan berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lafaz Rukun Negara Setiap Sesi Pembukaan Penggal Dewan Rakyat - Johari

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gara-Gara ‘Salah Petik’, Wanita Pertikai Rukun Negara Terima Kecaman 

4

Politik 2 tahun yang lalu

Annuar Sertai PAS Satu Pembohongan, Buat Demi Kepentingan Diri - Mohd Puad

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN