web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Golongan Muda Disaran Majukan Industri Seni Kreatif Ke Peringkat Antarabangsa

FINAS akan menilai karya yang dihasilkan dan bersedia memberi dorongan serta bimbingan agar karya mereka mampu pergi lebih jauh.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 4:14PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seiring dengan perkembangan teknologi, para penggiat industri perfileman dan seni kreatif terutama golongan muda disaran agar merebut peluang memajukan industri itu sehingga ke peringkat antarabangsa.

Timbalan Ketua Pengarah (Produksi dan Teknikal) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Syirfan Indra Mitra Surya Hussin berkata kebanyakan golongan muda memang mempunyai kemahiran berkarya dengan menggunakan teknologi terkini.

“Mereka (golongan muda) tidak tahu ke mana hala tuju untuk memasarkan kandungan yang dibuat, jadi FINAS menerusi dana yang disediakan akan membantu dengan memberi sokongan dan dorongan supaya ia (karya) dapat dilihat oleh semua pihak,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurut beliau FINAS akan menilai karya yang dihasilkan dan bersedia memberi dorongan serta bimbingan agar karya mereka mampu pergi lebih jauh.

Terdahulu Syirfan Indra meninjau perjalanan bengkel teknik lakonan serta bengkel videografi dan YouTube menerusi program Komuniti@FINAS (KoFI) yang disertai 50 peserta dari Perlis.

Sementara itu Pengarah Pembangunan Industri FINAS Muhammad Ar-Riyyan Mohamad Roslan berkata kesemua 50 peserta berusia 18 hingga 35 tahun itu diajar teknik serta kaedah terbaik dalam usaha menghasilkan karya seni kreatif.

Beliau berkata menerusi bengkel itu FINAS dapat mencungkil bakat-bakat baharu untuk diketengahkan sebagai anak seni terutamanya dalam bidang lakonan.

“Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi sendiri turun padang bagi memberikan teknik dan tunjuk ajar terbaik kepada peserta bengkel ini," katanya.

Menurut beliau Perlis menjadi negeri kedua bagi program KoFI selepas Indera Mahkota di Kuantan, Pahang. - Bernama

Isu Pada

Ummi Nazeera: Tak Pernah Berhenti

09 Oct 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Krisis Politik Perlis Memburuk, MB Ancam Bubar DUN Jika PAS ‘Buat Perangai’

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Rogol Remaja Bawah Umur, Anggota Polis Mengaku Tidak Bersalah

3

Politik 5 bulan yang lalu

Exco Baharu Perlis Dilantik 2 Minggu Lagi - MB

4

Politik 5 bulan yang lalu

Abu Bakar Hamzah MB Baharu Perlis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN