web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mencari Pohon Ajaib Dalam 'Jungle Cruise'

Pengembaraan hebat demi pokok ajaib, filem 'Jungle Cruise' menggabungkan dua pelakon terkenal Hollywood iaitu Emily Blunt dan Dwayne Johnson.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 2:29PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebaik sahaja pawagam dibenarkan beroperasi, filem pengembaraan fantasi Jungle Cruise antara filem yang awal ditawarkan untuk tayangan.

Kalau nak diikutkan, filem arahan Jaume Collet-Serra sepatutnya menemui penonton pada tahun 2019. Namun sejak wabak melanda dunia, tarikh tayangan sudah ditunda berkali-kali sehinggalah bulan Ogos lalu (untuk tayangan di luar Malaysia). 

Filem Jungle Cruise menggabungkan dua nama terkenal Hollywood. Emily Blunt dengan mantap membawa watak seorang ahli botani dan saintis bernama Lily. Dia digandingkan dengan Dwayne Johnson (The Rock) sebagai pelayar bernama Frank Wolffalias Francisco Lopez de Heredia.

Bukan itu sahaja, untuk pengetahuan anda, filem ini sebenarnya diilhamkan daripada sebuah nama permainan di taman tema terkenal dunia iaitu Disneyland.

Jungle Cruise adalah sebuah permainan yang membawa pengunjung menjelajahi sungai-sungai di Afrika, Amerika dan Asia. Maka dengan itu, filem ini dihasilkan sesuai dengan permainan berkenaan. 

Menerusi filem ini, penonton dibawa mencari sebuah pohon ajaib yang dikatakan boleh merawat semua jenis penyakit. Itulah sebabnya Lily gigih mencari pohon itu yang terletak di hutan Amazon yang berbahaya. 

Pada awal filem ini, awal-awal lagi Frank sudah memberitahu bahawa tidak pernah ada yang pulang dalam keadaan hidup selepas masuk ke tempat itu.

Apa yang lebih mencemaskan ialah, mereka pun tidak pasti sama ada pokok itu benar-benar wujud atau sebaliknya. Namun jika ternyata pokok itu wujud, ia boleh jatuh ke tangan orang yang salah. Maka ia akan membangkitkan sebuah kuasa jahat.

Memandangkan filem ini berlatarkan tahun 1930-an, penulis merasakan sangat menarik melihat bagaimana filem ini menggambarkan situasi penjajahan Inggeris pada waktu itu.

Selain itu juga, antara perkara menarik yang disorot penulis ialah bagaimana perempuan yang memakai seluar dianggap aneh kerana ia dikatakan pakaian lelaki. Perempuan biasanya hanya memakai gaun.

Selain bijak, Lily adalah watak yang dilihat sangat menarik apabila dia berjaya membawa keluar dirinya daripada norma kebiasaan perempuan pada zaman itu.

Dari sudut jalan cerita juga, entah kenapa penulis asyik teringat dengan beberapa filem yang juga menceritakan tentang pengembaraan lautan seperti The Pirates of the Caribbean.

Kapten Jack Sparrow adalah sosok yang kuat. Maka, tidak hairanlah jika ada penonton asyik membandingkan dia dengan watak Frank lakonan Dwayne Johnson ini. 

Tapi entah kenapa seperti ada yang kurang dalam lakonan Johnson kali ini. Dia seperti tidak betul-betul memiliki keserasian dengan Blunt.

Jalan ceritanya pula sudah boleh diagak dan sayang sekali kerana tidak ada momen-momen yang benar-benar membuat penonton terkejut.

Debaran sepanjang pengembaraan ini pun tidak berterusan dan ia mendatar di pertengahan cerita.

Namun begitu, filem ini tetap indah dengan dialog-dialog kelakar yang tiba-tiba terpacul daripada perbualan watak-wataknya.

Kapal yang membawa mereka ke hutan tersebut juga sangat kena dan sesuai dengan watak Frank.

Apapun, visual dalam filem ini cantik menggambarkan bagaimana indahnya alam yang belum disentuh manusia. 

Filem ini masih ditayangkan di pawagam, jadi jangan ketinggalan untuk menonton filem ini, terutama sekali buat anda yang menyukai pengembaraan fantasi. - Getaran, 5 Oktober 2021

Rating: 3 Getar

Gambar: Disney Malaysia

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem : ‘The Little Mermaid’ Tetap Menghiburkan Biarpun Watak Utama Berlainan Daripada Versi Animasi

2

TARA 3 tahun yang lalu

Kilauan Emas Puteri Disney Sempena Tahun Baharu Cina

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Dakwa Disneyland Dibina Di Melaka, Jailani Memalukan, Perlu Dipecat

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Disney Dan Pixar Umumkan Barisan Filem, Siri Televisyen Sempena Raikan Perayaan 100 Tahun Walt Disney

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN