web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Filem 'Frontliner' Ada Tema Yang Bagus Tapi…

Filem yang menelan belanja RM400,000 ini memaparkan apa yang terjadi semasa pandemik melanda negara.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 8:30AM

Gambar: Netflix

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah filem bertajuk Frontliner hari ini menjadi trending nombor tiga di platform Netflix sejak ia mula menemui penonton sejak 30 September lalu.

Filem berdurasi 1 jam 30 minit itu menceritakan apa yang terjadi di Malaysia sepanjang berdepan dengan cabaran COVID-19. 

Seperti tajuknya, filem ini menceritakan pengalaman petugas barisan hadapan seperti polis dan doktor yang berkorban masa dan tenaga bagi merawat pesakit COVID-19.

Dalam filem ini, penonton akan dibawa menyelami situasi sebenar para petugas apabila terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan tidak mahu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. 

Bukan itu sahaja, menerusi filem yang menelan belanja RM400,000 ini juga anda akan dapat melihat bagaimana petugas barisan hadapan sanggup tidur berasingan dengan keluarga kerana khuatir bakal membawa virus ke rumah.

Terdapat juga cerita petugas barisan hadapan yang tidak dapat bersama-sama isteri mereka sepanjang tempoh mengandung sedangkan itulah fasa penting untuk isteri selalu bersama-sama suami.

Masyarakat kita juga ramai yang hilang kerja dan tiada sumber pendapatan.

Namun begitu, Frontliner juga tidak terlepas berdepan dengan kritikan apabila terdapat beberapa babak yang ditampilkan tidak kemas dan tidak relevan.

Misalnya babak di mana seorang isteri memberikan makanan kepada suaminya yang bekerja sebagai seorang anggota polis melalui celah palang pintu. 

Bukan itu sahaja, plot cerita Frontliner juga agak longgar dan mendatar. Watak doktor dan polis yang ditampilkan juga terdapat sisi yang dianggap tidak relevan dan dipertikaikan seperti kereta polis yang hanya ditampal pelekat. 

Selain itu, kadangkala penulis merasakan beberapa situasi menyedihkan sengaja disumbatkan ke dalam filem ini tetapi sayangnya, ia tidak membekas seperti babak abang Grab terjatuh, remaja yang tidak patuh SOP kerana melepak, majikan tak bayar gaji, keluarga yang tak mampu bayar yuran dan sebagainya.

Skripnya pula entah mengapa ada masanya kedengaran seperti sebuah leteran panjang. Watak doktor pula ada yang tidak realistik kerana tindakan mereka tidak sama seperti prosedur kedoktoran.

Sayang sekali, kerana filem ini menampilkan barisan pelakon handalan seperti Azhan Rani, Beto Khushairy, Wan Mainumah, Emma Maembong dan Farah Ahmad.

Tidak pasti apa yang silap, mungkin pihak produksi tidak mempunyai bajet yang banyak.

Oleh kerana ia dijalankan ketika Perintah Kawalan Pergerakan, mungkin juga pihak produksi mempunyai cabaran untuk berkolaborasi dengan mana-mana pihak di samping mempunyai masa yang terhad.

Walaupun begitu, kita tidak boleh menidakkan bahawa filem Frontliner penting bagi merakam apa yang terjadi kepada negara buat generasi akan datang.

Usaha penerbit D’Alpha Legacy di atas usaha dan keyakinan ini wajar dipuji. - Getaran, 5 Oktober 2021

Rating: 1.5 Getar

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN