Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Apa Nasib Meredith Dalam Musim Baru 'Grey's Anatomy'?

Dengan pelakon yang sering bertukar ganti, serta ada yang muncul kembali, siapakah yang akan menghantui Meredith Grey dalam musim ke-18 'Grey's Anatomy'?

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 8:34AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Grey's Anatomy' musim ke-18 akan bermula pada Khamis ini (30 September) ini, di stesen American Broadcasting Company (ABC). Episod pertamanya akan disiarkan secara silang (cross event) dengan siri 'Station 19'.

Drama 'Grey's Anatomy' ini bermula pada Mac 2005 dengan ketika itu ia memfokus kepada kehidupan lima doktor pelatih yang terdiri daripada Dr. Meredith Grey, dilakonkan oleh Ellen Pompeo, Sandra Oh, Katherine Heigl, Justin Chambers dan T. R. Knight.

Daripada lima pelatih ini, hanya tinggal Pompeo yang masih kekal dalam rancangan berkenaan selain Chandra Wilson dan James Pickens J.

Wilson dan Pickens adalah bos Meredith ketika itu.

Para pelakon siri berkenaan melalui perubahan besar sepanjang drama itu disiarkan dan sentiasa 'keluar masuk' dalam setiap musim baru.

'Grey's Anatomy' musim ke-18 ini mengambil masa beberapa bulan untuk disiarkan disebabkan ABC mengadakan rundingan dengan pelakonnya dan ia menyaksikan Pompeo telah menandatangi perjanjian yang memperlihatkan kenaikan bayarannya yang tinggi untuk setiap episod.

Dalam musim ke-17 lalu, 'Grey's Anatomy' berkisarkan mengenai COVID-19, dengan mengambil kira keadaan semasa di mana dunia bertarung dengan pandemik berkenaan.

Penerbitnya, Krista Vernoff mengambil keputusan untuk memaparkan virus berkenaan sebagai memberikan penghargaan kepada doktor, jururawat serta barisan hadapan.

Pada masa sama menggalakkan orang ramai supaya mengikut SOP yang ditetapkan.

Episod lalu bermula apabila Meredith dijangkiti COVID dan rebah di parkir Grey Sloan Memorial Hospital.

Dalam komanya itu, Derek Shepherd (McDreamy) muncul kali pertama sejak 2015. Beberapa watak yang telah meninggal dunia turut muncul dalam mimpinya, yang dipaparkan di sebuah pantai.

Lebih menyedihkan ketika Meredith sedang koma, bekas kekasihnya, Andrew telah ditikam dan meninggal dunia. Andrew kemudiannya muncul dalam mimpi Meredith, untuk mengucapkan selamat tinggal.

Pada musim ke-18 ini, Meredith tidak menolak kemungkinan akan jatuh cinta sekali lagi. Kali ini dengan Dr. Cormac Hayes, yang dalam episod sebelum ini, memberikan perhatian penuh kepada Meredith ketika wanita itu bertarung dengan COVID.

Oh, musim baru ini juga akan terus memberikan misteri kepada penonton. Seseorang dari kisah silam ibu Meredith, Ellis Grey, akan datang menghantui Meredith.

Ia akan mencetuskan persoalan, apa yang menyebabkan kehadiran insan misteri itu ke hospital terbabit dan apa kaitannya dengan Ellis?

Trailer pertama yang dikeluarkan bagi musim ke-18 ini adalah di mana Ellis memberitahu Meredith:

"Kamu telah berjaya harungi sesuatu yang luar biasa."

Menariknya, episod kali ini terdapat petunjuk bahawa penerbit akan membawa masuk semula muka lama yang lain iaitu Dr.Addison Montgomery lakonan Kate Walsh.

"Ia adalah salah satu perkara menarik mengenai rancangan ini iaitu membawa kembali pelakon asal," ujar Ellen sebelum ini, ketika diminta mengulas mengenai karakter asal dalam musim baru.

Dan selepas musim ke-18, peminat setia siri ini mula tertanya-tanya dan ingin tahu bilakan ia akan berakhir.

Mengulas mengenainya, Ellen Pompeo berkata:

"Ia tidak jauh. Maksud saya, saya cuba keluar darinya bertahun-tahun. Saya telah cuba."

Pompeo berkata, dia cuba untuk keluar dari siri berkenaan sejak dulu, namun hubungan erat dengan rangkaian ABC merupakan alasan utama kenapa aktres itu masih di situ.

"Mereka sangat, sangat baik dengan saya dan ia menjadi sebab saya masih di sini. Kreativiti...selagi ada, ia akan menjadi sebab untuk ABC meneruskan rancangan ini.

"Menakjubkan kami sentiasa ada cara untuk kekal," jelasnya.

Setakat ini 'Grey's Anatomy' telah menayangkan 372 episod. Rating drama ini masih kekal utuh, malah musim ke-17 lalu berjaya menarik 4.6 juta penonton serta menjadi rancangan ke-6 popular di ABC.

Bagaimanapun hakikatnya dalam 'Grey's Anatomy' ini, memang banyak drama dalam drama. Beberapa pelakon yang telah mengundurkan diri, menulis pengalaman mereka ketika berada dalam siri tersebut.

Katherine Heigl, misalnya, yang melakonkan watak Izzie Stevens telah mendedahkan mengenai beban kerja yang ditanggung mereka sebagai 'sangat kejam' kerana terpaksa bekerja sehingga 17 jam sehari.

"Saya akan terus menyatakan perkara ini kerana ia memalukan mereka, 17 jam sehari dan ia sangat kejam," katanya dalam rancangan yang dihoskan oleh David Letterman pada 2009.

Tidak lama kemudian timbul khabar angin bahawa sukar untuk bekerja dengan Heigl, dengan penyampai berita terkenal Amerika Syarikat, Diane Sawyer memberitahunya, "Tiada siapa simpati dengan anda."

Dalam entrinya di Instagramnya pada Jumaat lalu, Heigl yang mengimbas balik kejadian itu memberitahu, disebabkan kenyataannya itu, dia telah menerima tempias.

"Saya meyakinkan diri ketika itu bahawa saya bersalah. Sangat bersalah. Kritikan berkenaan menyebabkan saya dianggap sebagai tidak kenang budi seolah-olah saya menggigit tangan orang yang memberi saya makan," katanya.

Namun, Heigl berkata, kini dia mampu untuk bergerak ke depan dan tidak lagi takut untuk bersuara demi keadilan. - Getaran, 28 September 2021

Gambar: Twitter @GreysABC

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 22 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 17 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran