Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Siapa James Bond Baharu?

Apa kemungkinan Henry Golding memegang watak James Bond? Hanya waktu yang menentukan. Ramai yang berharap dan bertaruh untuk beberapa nama besar lain membawa watak perisik ternama itu.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 5:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Banyak desas-desus tentang siapa yang bakal menjadi James Bond selepas Daniel Craig. No Time To Die yang bakal ditayangkan minggu ini adalah filem Bond kelima dengan Craig. Ia juga yang terakhir.

Sebelum ini, watak perisik Inggeris ternama ini sudah pernah digalas oleh antara lainnya, Sean Connery, Roger Moore dan Pierce Brosnan.

Ada yang berspekulasi bahawa Bond kali ini patut diberi kepada pelakon wanita atau pelakon kulit hitam. Mari kita lihat siapa antara yang disebut-sebut itu:

 

Henry Golding

Henry Golding. Gambar Fail
Henry Golding. Gambar Fail

Nama bintang kelahiran Sarawak ini meniti di bibir para pengamat dan peminat filem Hollywood selepas memegang watak utama dalam filem Crazy Rich Asians

Majalah Vogue menggelarkan beliau ‘British-Malaysian dreamboat’ dan tidak menolak kemungkinan beliau boleh menjadi Bond Asia pertama. 

Golding apabila ditanya tentang spekulasi Vogue menjawab, “Nama disebut dalam perbualan itu sudah cukup buat saya rasa terharu, tapi keputusan bukan di tangan saya.”

 

Tom Hardy

Tom Hardy (di sini bersama Stan Lee). Gambar: Instagram @tomhardy
Tom Hardy (di sini bersama Stan Lee). Gambar: Instagram @tomhardy

Tom Hardy adalah favourite ramai sebagai pengganti Craig. 

Hardy yang pernah memegang watak ‘sasa’ dalam filem The Dark Knight Rises, Venom dan Mad Max: Fury Road dikatakan mampu memberikan sisi yang sedikit ‘gelap’ untuk watak Bond. 

Craig sebelum ini telah berjaya membawa Bond melalui aksi yang lebih hebat dan jalan cerita yang lebih suram dengan Casino Royale dan Skyfall

Kedua-dua filem ini juga dikatakan filem Bond terbaik setakat ini dan lebih dekat dengan watak Bond dari novel-novel Ian Fleming. 

 

Idris Elba

Idris Elba. Gambar: Instagram @idriselba
Idris Elba. Gambar: Instagram @idriselba

Satu lagi nama yang sering muncul ialah Idris Elba, pelakon siri hit BBC ‘Luther’. 

Producer Bond, Barbara Broccoli sudah berkali-kali berkata bahawa perisik 007 itu tidak perlu ‘berkulit putih’. 

Malangnya penyataan itu telah dibalas dengan tohmahan berbau perkauman namun ramai yang rasa Elba mempunyai karisma untuk membawa watak Bond. 

Elba pada 2018 juga pernah menulis 'Nama saya Elba, Idris Elba' persis kata-kata Bond yang cukup terkenal. Tetapi selepas itu beliau menambah, 'Jangan terpengaruh dengan sensasi!'

 

Lashana Lynch

Lashana Lynch. Gambar: Instagram @lashanalynch
Lashana Lynch. Gambar: Instagram @lashanalynch

Broccoli ada menyebut watak Bond tidak mungkin dibawa oleh pelakon wanita buat masa ini. Menurut tulisan di Variety, Broccoli berkata, “Saya tidak berapa minat untuk mengambil pelakon wanita memainkan watak lelaki. Wanita mempunyai daya tarikan yang lebih daripada itu.”

Namun spekulasi Lashana Lynch, pelakon kulit hitam Inggeris, memegang watak Bond tidak berhenti. Lynch pernah memainkan watak Maria Rambeau

Craig juga sependapat dengan Broccoli. Dalam sebuah temu ramah bersama Radio Times, beliau berkata, “Sepatutnya ada watak yang lebih baik untuk para pelakon wanita dan pelakon bukan kulit putih.

“Kenapa watak James Bond perlu dimainkan oleh pelakon wanita apabila kita boleh cipta watak yang setanding dengan Bond, tetapi untuk pelakon wanita?”

 

Siapa Lagi?

Cillian Murphy, Rege Jean-Page dan Tom Holland. Gambar: Instagram @cillianmurphyofficiall, @regejean, @tomholland2013
Cillian Murphy, Rege Jean-Page dan Tom Holland. Gambar: Instagram @cillianmurphyofficiall, @regejean, @tomholland2013

Nama-nama lain yang berada dalam ‘senarai’ ini juga, Rege Jean-Page, pelakon yang telah mencuri hati penonton siri 'Bridgerton' di Netflix, Tom Holland yang dikenali ramai sebagai Spiderman dalam Marvel Cinematic Universe dan Cillian Murphy dari siri 'Peaky Blinders'. 

Setakat ini, belum ada apa-apa pengumuman daripada pihak penerbitan filem Bond. Kata Broccoli, “Kita hanya boleh mencintai satu orang pada satu-satu masa.”

“Dan, buat masa ini, Craig masih di hati kami."  - AFP 

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 tahun yang lalu

Antara James Bond, Ron Jeremy Dan A. Aida

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Ejen Insurans Belanja Puluhan Ribu Kumpul Koleksi James Bond

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Bond Kembali Selepas Tergendala Kerana COVID-19

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Akhirnya Filem Bond Terbaharu Akan Ditayangkan!

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN

Filem & TV 13 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Muzik 5 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor