web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ejen Insurans Belanja Puluhan Ribu Kumpul Koleksi James Bond

Kisah Kita Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 10:32AM

Mushtari menunjukkan antara koleksi DVD James Bondnya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Seorang ejen insurans di sini, sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit untuk mengumpul koleksi barangan berinspirasikan filem ejen perisikan terkenal dunia, James Bond sejak hampir 40 tahun lepas.

Mushtari Mohamad, 49, berkata minat terhadap sekuel filem fiksyen kegilaan ramai yang antaranya pernah dilakonkan oleh mendiang Sean Connery dan Daniel Craig itu bermula selepas dia menonton filem James Bond: For Your Eyes Only yang dilakonkan Roger Moore pada 1981.

“Arwah bapa sering membeli atau menyewa pita video James Bond dan kenangan paling bermakna ialah kami pernah menonton filem James Bond: A View To Kill lakonan Roger Moore di panggung wayang di Kangar pada 1985,” katanya kepada pemberita di sini.

Mushtari berkata antara koleksi barangan dikumpulnya sejak 1982 termasuklah majalah, replika kenderaan dan pistol sering digunakan ejen perisikan itu serta koleksi piring hitam runut bunyi filem James Bond yang kesemuanya dianggarkan bernilai lebih RM25,000.

Katanya, beliau turut mempunyai koleksi cakera padat digital (DVD) James Bond dari filem keluaran pertama iaitu Dr No pada 1962 lakonan Sean Connery hingga sekuel ke-24, Spectre (2015) lakonan Daniel Craig.

“Koleksi pertama James Bond yang saya beli ialah model helikopter jenama Corgi daripada (sekuel) For Your Eyes Only dan setakat ini saya ada lebih 200 koleksi (barangan) James Bond ini.

“Kebanyakan koleksi saya beli dalam talian seperti di Facebook, e-Bay dan Amazon dan antara koleksi paling mahal dibeli ialah Box Set Bond 50: The Complete 22 Film Collection (DVD) yang berharga RM500,” kata Mushtari.

Katanya, ada pihak menawarkan harga lebih tinggi untuk mendapatkan koleksi DVD berkenaan, namun dia belum berhasrat untuk menjualnya.

Menurut Mushtari, semua koleksi itu disimpan di Galeri Seni Piring Hitam miliknya terletak di Taman Sena Indah di sini, yang turut menempatkan lebih 5,000 keping koleksi piring hitam pelbagai jenis muzik dari seluruh dunia.

Beliau mengalu-alukan peminat filem James Bond yang ingin melihat koleksinya untuk datang ke galeri piring hitamnya, namun diminta untuk membuat janji temu terlebih dahulu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Warna Warni Hari Penamaan Calon PRN 2023

2

TARA 2 tahun yang lalu

Koleksi Denim Made For All Untuk Semua Wanita, Tak Lapuk Ditelan Zaman

3

Kolum 3 tahun yang lalu

Antara James Bond, Ron Jeremy Dan A. Aida

4

TARA 3 tahun yang lalu

Wanzar Kini Tampil Dengan Koleksi Pakaian Wanita Kasual Sopan, Selesa Dan Bergaya 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas