web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ajaib! Yusry Mimpi Sosok Anak Sebelum Kenal Lisa

Pengakuan Yusry membuatkan pelakon drama 'Ganjil' yang berada di sidang media maya itu terkejut betapa misteri dan uniknya kewujudan mimpi.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 4:20PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ada banyak teori mahupun perbahasan mengenai mimpi. Ia bukan hanya sekadar babak hidup yang dimainkan oleh minda bawah sedar kita ketika tubuh memasuki fasa rapid eye movement (REM).

Tetapi, dalam banyak keadaan, mimpi yang datang dalam hidup kita meninggalkan kesan yang kuat seolah-olah kita hidup di dalam 'alam' itu. 

Bukan itu sahaja, mimpi kadang-kadang hadir berupa sebagai petanda. Begitu aneh dan magisnya mimpi. Laman penstiman Viu menerusi drama rantaian terbaharunya membawakan karya berjudul 'Ganjil' yang menceritakan bagaimana dua jiwa bertemu di alam mimpi. 

Semasa sesi sidang media, pengarah drama ini, Datuk Yusry Abdul Halim sempat berkongsi cerita mengenai antara mimpi aneh yang pernah dialaminya sendiri sepanjang hidupnya dan membekas di hati.

“Saya baru sahaja ceritakan perkara ini kepada Lisa beberapa hari yang lepas. Sebenarnya, pada umur awal 20-an dulu bahkan sebelum mengenali Lisa lagi, saya pernah bermimpi seorang kanak-kanak perempuan. Dalam mimpi itu, saya tak nampak wajahnya namun saya ingat dia berambut kerinting.

Rupa-rupanya budak itu akan menjadi anak saya hari ini. Ia seolah-olah petanda awal yang saya akan memiliki anak perempuan berambut kerinting,” katanya sambil tersenyum. 

Pengakuan Yusry itu membuatkan pelakon lain yang berada di sidang media maya itu terkejut betapa misteri dan uniknya kewujudan mimpi. 

“Menariknya kalau kita boleh tahu apa akan jadi kepada diri kita 10 tahun atau 5 tahun akan datang, kan?,” respons Diana Danielle yang membawakan watak sebagai Nabila dalam 'Ganjil'.

Rupanya, Diana juga sering bermimpi perkara aneh dirinya seolah-olah terbang. Ironinya, di dunia nyata, pelakon jelita itu sebenarnya takut menaiki kapal terbang. 

“Saya tak tahu kenapa, dalam mimpi saya selalu terbang. Saya kerap didatangi mimpi seperti itu seminggu sekali. 

“Namun, di dunia nyata saya akan sedikit panik ketika berada di dalam kapal terbang. Tangan saya akan berpeluh seolah-olah saya akan mati. Berbeza pula dalam mimpi, saya suka terbang,” kongsinya dan semua ketawa.

Secara saintifiknya mengikut kajian yang diterbitkan oleh Journal of Neuroscience, mimpi memiliki hubungan yang kuat dengan ingatan kita. 

Mereka yang bangun tidur secara mengejut akan lebih cenderung untuk mengingati mimpinya kerana gelombang berfrekuensi rendah di bahagian lobus frontal iaitu bahagian otak yang mengawal tingkah laku manusia. 

Mimpi juga menjadi keunikan drama 'Ganjil' yang membawakan tema romantik dan elemen fantasi. Ia mengisahkan bagaimana Amry lakonan Fattah Amin dan Nabila lakonan Diana Danielle bertemu di alam mimpi dan masing-masing percaya bahawa mereka wujud di alam realiti. 'Ganjil' bakal menemui penonton bermula 30 September ini. - Getaran, 27 September 2021

Sumber Foto: Instagram Yusry

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Projek High Council Dah Buktikan Jumlah Pengikut Media Sosial Tak Penting! - Bront Palarae

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Oppa Korea Cakap Melayu?! Saksikan Jang Han-Byul Dalam Siri Terbaru Eksklusif iQIYI ‘Lecturerku, Oppa!’

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN