web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Olympic Dream' Tonjolkan Babak Perlawanan Badminton Mendebarkan 

Selain tonjolkan pelbagai konflik dan babak dramatik mengenai semangat juang, 'Olympic Dream' turut menghimpunkan legenda badminton negara dan pamerkan babak seakan perlawanan sebenar penuh mendebarkan. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 5:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Badminton bukan sahaja antara sukan popular di Malaysia tetapi juga telah berjaya merentasi masa serta menyatukan masyarakat daripada pelbagai lapisan bangsa, etnik, usia dan generasi. 

Tidak hairahlah mengapa ia menjadi subjek pilihan Full Billion Entertainment dalam filem terbitan mereka, Olympic Dream

Olympic Dream yang diterbitkan Full Billion Entertainment adalah sebuah filem yang cuba mengangkat subjek mengenai sukan popular serta dipadatkan dengan konflik dan babak dramatik  yang mengajak penonton menghayati  perjuangan seseorang dalam usaha mencapai impian menjadi pemain badminton. 

Malah, ia juga seolah-olah membawa penonton menyaksikan perlawanan badminton sebenar apabila dipenuhi dengan babak-babak acara perlawanan penuh mendebarkan.

Selain itu, karya ini turut menonjolkan keharmonian masyarakat antara kaum serta budaya  seperti wujudnya penyokong di kawasan kejiranan yang terdiri daripada pelbagai bangsa saling membantu antara satu sama lain dalam suasana taraf hidup masyarakat yang berbeza. 

Filem idea asal dan arahan Don Hoe ini telah pun menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480, sejak semalam (23 September).  

Doe Hoe yang juga penerbit Olympic Dream berkata, dia telah membesar dengan menyaksikan kejayaan atlet Malaysia, antaranya di Kejohanan Piala Thomas dan ia turut mendorong semangat dan nilai perpaduan dalam dirinya. 

“Sukan ini telah merapatkan hubungan saya dan rakan serta jiran tetangga yang berbeza latar usia, bangsa, kaya atau miskin untuk sama- sama menyokong pasukan Malaysia. 

“Jadi, saya mengambil elemen sukan tersebut dan ketengahkan menerusi filem. Saya berharap filem ini mampu menyuntik rasa bangga dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia dengan pencapaian dan kegemilangan yang telah dicipta barisan atlet negara. 

“Saya juga berharap, ia dapat memberi inspirasi kepada semua, tidak kira rakyat Malaysia atau masyarakat dari negara luar untuk sentiasa berusaha dalam mencapai impian sehingga memperoleh kemenangan,” katanya. 

Olympic Dream mempertaruhkan barisan gandingan generasi baru dan lama sebagai teraju utama, seperti pelakon Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem & TV Ramsgate di England, Maya Karin, Jordan Voo (Pelakon Terbaik di Anugerah Golden Awards 2017), pelakon filem Hong Kong - Malaysia, Annabelle Tan dan bekas pemain kebangsaan yang kini jurulatih badminton Adelle Ng.

Lebih mengujakan, filem genre drama dan sukan ini turut menyaksikan penampilan legenda badminton negara seperti Datuk Rashid Sidek, Ong Ewe Hock, Cheah Soon Kit serta bekas pemain kebangsaan, Janice Woon Khe Wei dan Vivian Hoo Kah Mun.

Filem Olympic Dream turut menerima pengiktirafan di festival filem antarabangsa, antaranya, Filem Asia Terbaik di Festival Filem New York City IO 2021, Anugerah Khas Juri di Festival Filem Chambal International 2019 dan Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem & TV Ramsgate.

Sinopsis Olympic Dream 

Olympic Dream mengisahkan tentang kecekalan seorang gadis, Anna Wong yang menanam impian sejak kecil untuk menjadi pemain badminton kebangsaan. Walaupun Anna mengalami masalah kesihatan, itu tidak mematahkan impiannya.

Apabila meningkat dewasa, Anna berjaya menjadi salah seorang pemain terbaik kebangsaan. Namun, pasangan beregunya, Xiu Man cedera parah dan Anna terpaksa bertukar pasangan beregu baharu, Hao Yu. Anna dan Hao Yu berusaha keras untuk mengatasi semua kesukaran.

Mereka membawa impian dan harapan 32.38 juta rakyat Malaysia untuk melangkah ke temasya Olimpik. Namun, berjayakah Anna dan pasangannya mengharumkan nama Malaysia dan membawa pulang pingat emas Olimpik? - Getaran, 24 September 2021

Gambar: Full Billion Entertainment

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN