web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Haris Sulong Kongsi Kriteria Bakal CEO FINAS

Pengarah filem, produser eksekutif dan ahli Lembaga Pengarah FINAS, berpendapat, individu yang dilantik sebagai CEO haruslah mempunyai latar belakang daripada industri perfileman serta memahami selok-belok dan tatakerja kerajaan. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 5:01PM

Gambar: @bront_palarae dan FINAS

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak Dr Ahmad Idham dilaporkan akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) kerana menyandang jawatan baru sebagai pegawai bertaraf diplomat di Wisma Putra, ramai dalam kalangan pemain industri tertanya-tanya siapakah calon paling layak yang bakal menggantikan tempatnya? 

Beberapa nama dalam kalangan pemain industri yang berpengalaman telah disebut-sebut sebagai calon pengganti yang layak untuk mengemudi FINAS. Namun, apa yang pasti rata-rata ahli Lembaga Pengarah sedia ada telah menolak tawaran untuk memegang jawatan tersebut. 

Ada juga pihak berpendapat bahawa calon CEO haruslah dipilih dalam kalangan mereka yang berada di luar industri perfileman. Tidak kurang juga berpendapat bahawa jawatan CEO ini harus dimansuhkan kerana FINAS bukanlah sebuah syarikat korporat dan jawatan lama iaitu Ketua Pengarah diwujudkan semula. 

Namun, pandangan yang dikongsi pengarah filem dan produser eksekutif Current Pictures Sdn Bhd, Haris Sulong yang masih memegang jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah di FINAS sehinggalah ke saat ini, ternyata amat menarik sekali. 

Haris Sulong
Haris Sulong

Dalam perbincangan terbuka  bersama Bront Palarae dan beberapa penggiat seni filem lain menerusi platform Clubhouse yang diadakan baru-baru ini, Haris berpendapat, seseorang yang dilantik sebagai CEO haruslah mempunyai latar belakang daripada industri perfileman dan memahami selok-belok dan tata kerja kerajaan. 

‘Ini adalah apa yang saya fahami selepas tiga tahun berada di FINAS. Mempunyai CEO dalam kalangan pemain industri memang sangat bermanfaat buat industri perfileman itu sendiri kerana dia tahu apa yang perlu dilakukan untuk membangunkan industri ini. 

“Malah, dia juga harus faham selok-belok kerajaan. Bagaimana tata cara kerja mereka dan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. 

“Dari situ, seseorang CEO itu mampu bekerja mengikut sistem dan mendapatkan apa yang dia mahukan dengan pantas. 

“Saya memuji Idham sebab dia dapat mempelajari semua ini, menyesuaikan diri dan bergerak dengan pantas dan dia juga berada dalam kedudukan yang selesa kerana mendapat sokongan daripada pasukannya, KSU dan menteri. Jadi, ia memudahkan lagi tugasnya,” katanya yang sudah tiga tahun memegang jawatan sebagai ahli Lembaga pengarah FINAS. 

Ahmad Idham
Ahmad Idham

Oleh itu, kata Harris lagi, jika sesiapa yang bakal dilantik menjadi CEO FINAS selepas ini dan tidak mempunyai latar belakang industri perfileman serta tidak memahami tatacara kerja kerajaan, dia mungkin akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan tugasan tersebut. 

“Seandainya dia mendapat sokongan dan bantuan daripada lembaga pengarah sekalipun, dia mungkin akan mengalami kesukaran untuk melaksanakan tugasnya sebab banyak perkara yang dia tidak tahu atau tidak faham terutama dalam mendapatkan kebenaran untuk melaksanakan sesuatu tugasan.

“Inilah yang berlaku kepada bekas Ketua Pengarah FINAS dahulu, Datuk Kamil. Dia mempunyai visi dan segalanya. Tetapi, dia bergerak terlalu pantas dan gerabak yang dibawanya itu tidak mempunyai kepantasan yang sama,” katanya. 

Seperkara lagi, kata Haris, seseorang calon CEO yang bakal dilantik juga harus mempunyai hubungan kerja dan visi yang sama dengan Pengerusi dan Lembaga Pengarah. 

“Kalau kita kaji persembahan Ketua Pengarah terdahulu sama ada dari zaman Datuk Kamil, Naguib mahu pun Datuk Fauzi, inilah sebenarnya antara permasalahan mereka. Kebanyakan ketua Pengarah mempunyai isu dengan Pengerusi dan Lembaga Pengarah. 

“Mereka sering tidak sependapat dan tidak sekata dalam beberapa hal. Bila isu ini timbul, ia akan memperlahankan visi untuk mencapai matlamat mereka. Bagi saya ia adalah satu penyakit. 

“Sewaktu Idham memegang jawatan ini, dia datang daripada industri seni dan pada masa yang sama Ahli Lembaga Pengarah juga dianggotai pemain industri yang sama. 

“Hal ini memudahkan Idham dan Lembaga Pengarah untuk bekerjasama dan kita juga tidak mahu campur tentang hal-hal berkaitan dengan pengurusan serta memberikan sepenuh kebebasan untuk menggerakkan FINAS dengan cara yang dirasakannya tepat. 

“Tugas Lembaga Pengarah pula adalah melihat dan menilai visi secara keseluruhan dan membawanya ke depan. Jika dia ada cadangan kertas kerja, dia boleh bentangkan dan kita akan debat untuk menilai kepentingan cadangan tersebut,” katanya lagi. 

 Harris bagaimanapun tidak menafikan wujudnya hujah dan perdebatan yang hangat dalam perbincangan mereka terhadap sesuatu kertas kerja yang dibentangkan atau beberapa isu serta cadangan yang dilontarkan. 

Namun,  apa yang dilakukan itu adalah untuk memastikan ia selari dengan segala perancangan dan visi mereka bagi membangunkan FINAS bersama perubahan yang wajar dan sejajar dan keperluan industri perfileman tanah air. - Getaran, 21 September 2021

Gambar: Finas dan Instagram

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Industri Diseru Hasilkan Filem Malaysia Inklusif, Tekankan Perpaduan - FINAS

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN