web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Juliana Evans Dedah Cabaran Ibu Mengandung Dalam ‘Sabalik Baju’

Bukan semua wanita memiliki pengalaman manis sepanjang kehamilan, Juliana juga mengalami keadaan di mana dia hilang minat untuk bersolek ketika mengandung.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 5:00PM

Gambar: Red Comm dan @julianaevans

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengalaman artis jelita Che Puan Juliana Evans berbadan dua membantunya menjiwai watak terbaharunya yang memparkan cabaran dan kepayahan dilalui para wanita sepanjang proses kehamilan. 

Menerusi  filem Sabalik Baju yang mengandungi enam cerita di dalamnya, Juliana tampil sebagai selebriti media sosial terkenal bernama Myra menerusi cerita 'Bukan Salah Ibu Mengandung'. 

Dalam cerita tersebut, Myra menghadapi cabaran di mana ketika hamil, dia tiba-tiba hilang minat untuk berdandan. Ini menjejaskan kariernya sebagai selebriti media sosial yang selalu menghasilkan kandungan berkenaan produk kecantikan. Tambah membimbangkan apabila banyak pelanggannya ingin membatalkan kontrak akibat kegagalan Myra mempromosikan produk mereka seperti yang dipersetujui. 

Proses kehamilan boleh menjadi pengalaman yang manis bagi sesetengah wanita. Namun begitu, tidak sedikit juga yang merasakan fasa tersebut sangat mencabar. Juliana bangga membawakan watak Myra yang memaparkan bagaimana emosi seorang ibu mengandung boleh terganggu.

“Semasa mengandung, wanita mengalami beberapa fasa dan pengalaman. Ada yang manis dan ada sebaliknya. Ia bergantung kepada individu. Apapun, kita mahu orang faham bahawa ia situasi yang normal.

“Ketika mengandung dahulu, saya malas bersiap. Saya sendiri tidak tahu kenapa. Mungkin ketika mengandung, hormon tidak stabil. Saya bersyukur  'Bukan Salah Ibu Mengandung'  boleh menceritakan keadaan ini,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem Sabalik Baju baru-baru ini.

Menurut penulis skrip kisah 'Bukan Salah Ibu Mengandung', Rafidah Abdullah, kerenah ibu mengandung bukan hanya terjadi di Malaysia, ia juga dialami wanita di negara berbeza.

“Ada banyak mitos yang menceritakan keadaan ini. Ada yang berpendapat seseorang wanita itu tiba-tiba malas berdandan kerana mengandung anak perempuan yang sedang mencuri seri ibunya. 

“Ada yang kata kejadian ini terjadi jika wanita itu mengandung anak lelaki. Bukan itu sahaja, semasa mengandung wanita boleh mengidam banyak benda. Saya rasa ini perkara menarik untuk difikirkan terutama dalam era sekarang,” kata Rafidah.  

Selain 'Bukan Salah Ibu Mengandung', filem ini turut memaparkan kisah 'Hak Peribody', 'Love Clicks', 'Dalam Kain', 'Angkat Kaki' dan 'Aset'. Kesemua cerita ini mempunyai tema serupa iaitu mengangkat isu wanita yang jarang dibincangkan dalam era media sosial hari ini.

Filem yang menghimpunkan empat penulis dan pengarah wanita ini bakal disiarkan di Netflix pada Oktober nanti.

Sumber foto: Red Comm

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN