web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Di Sebalik Kejayaan Ejen Ali Sebagai Program TV Kanak-Kanak Terbaik Asia

Walaupun disiapkan dalam tempoh pandemik yang sangat mencabar, Ejen Ali berjaya membuktikan industri animasi tanah air sangat membanggakan.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Sep 2021 4:15PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Animasi Ejen Ali Misi: Juang dinobatkan sebagai pemenang Program TV Kanak-Kanak Animasi 3D Terbaik, Anugerah Kandungan Asia 2021 (Content Asia Awards 2021) di Singapura baru-baru ini.

Namun, kemenangan itu tidak datang bergolek. Pelbagai proses dan cabaran terpaksa dihadapi pasukan belakang tabir animasi ini yang digelar WAUrioirs. Ia diceritakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation, Usamah Zaid Yasin dalam satu sidang media baru-baru ini.

“Kamimenghasilkan Ejen Ali Misi: Juang dalam tempoh pandemik. Jadi, kami semua bekerja dari rumah dan kadangkala berhadapan beberapa cabaran seperti faktor logistik dan kelajuan internet. Namun, masing-masing menunjukkan semangat luar biasa untuk menghasilkan animasi ini.

“Memandangkan ia dihasilkan dalam tempoh pandemik, kami juga ingin berterima kasih kepada para petugas barisan hadapan yang komited melaksanakan tugas mereka memerangi COVID-19,” katanya.

Jalan cerita dalam misi ini sangat menarik apabila setiap watak yang ditampilkan menggunakan pelitup muka, penyukat suhu badan dan tidak ketinggalan juga batang kapas seperti ujian calitan. 

Secara tidak langsung ia mendidik anak-anak kita tentang kepentingan tiga perkara tersebut dalam situasi masa kini. Lebih istimewa apabila ia menampilkan watak cameo Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bergabung dengan Ejen M.A.T.A bertempur melawan virus COVID-19.

WAU Animation mengambil masa hampir enam bulan menyiapkan animasi pendek berdurasi 3:22 minit ini dan jalan ceritanya sarat mesej berharga buat kita semua. 

Animasi ini bertambah menarik apabila lagu runut bunyi Kita Jaga Kita nyanyian Altimet turut menjadi siulan ramai dan sering ke udara di radio.

Sehingga kini, animasi pendek Ejen Ali Misi: Juang telah berjaya meraih 17 juta tontonan menerusi saluran YouTube rasminya. Kolaborasi antara WAU Animation Sdn. Bhd. dan Primeworks Studios Sdn Bhd ini merupakan kempen khidmat masyarakat menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus dalam melawan virus COVID-19.

Apa yang lebih menggembirakan, sebelum temu ramah berakhir, pasukan WAU Animation sempat memberi bayangan sedang mengusahakan filem kedua Ejen Ali The Movie.

Namun, mereka perlu melihat pelbagai sudut dan kesesuaian untuk memasarkan filem tersebut di era pandemik. Pasti ramai teruja menyaksikan perkembangan filem animasi di Malaysia yang semakin hebat ini. Tahniah kami ucapkan! - Getaran, 8 September 2021

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Dulu Mak Larang, Sekarang Bebas Tonton 4 Animasi Ini!

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN