web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Astro Bakal Tayang 33 Filem Melayu Klasik Cathay-Keris Films

Sebanyak 33 filem terbaik Melayu Klasik terbitan Cathay-Keris Films akan ditayangkan menerusi saluran Astro Citra dan Astro Prima serta platform penstriman OTT, Astro Go dan On Demand bermula September ini.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 6:17PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas sedekad, Astro dengan kerjasama I.E Entertainment yang berpengkalan di Singapura akan menayangkan 33 filem Melayu Klasik terbaik era 1950-an sehingga 1960-an daripada penerbit filem-filem Melayu terkemuka era terdahulu, Cathay-Keris Films.

Antaranya adalah Pontianak Gua Musang, Sumpah Pontianak, Jula Juli Bintang Tiga, Tunang Pak Dukun, Dang Anom serta Chuchu Datuk Merah. Filem-filem ini menampilkan sentuhan gubahan muzik komposer Singapura, Zubir Said yang turut mencipta lagu kebangsaan negara tersebut.

Kesemua  filem ini akan ditayangkan menerusi saluran Astro Citra dan Astro Prima serta platform penstriman OTT, Astro Go dan On Demand bermula September ini. 

Menariknya, kesemua filem tersebut akan ditayangkan semula setelah lebih 10 tahun ia tidak dipertontonkan di mana-mana platform televisyen berbayar Malaysia. 

Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, pihaknya amat berbesar hati dan teruja dapat bekerjasama bersama Cathay-Keris Films menerusi syarikat pengedarnya di rantau Asia, I.E. Entertainment Pte. Ltd. dalam membawakan 33 filem Melayu Klasik terbaik untuk dipersembahkan kepada penonton Malaysia dan Brunei menerusi platform Astro. 

Raja Jastina Raja Arshad dan Indra Suharjono
Raja Jastina Raja Arshad dan Indra Suharjono

“Kami percaya nilai hiburan di dalam 33 filem ini pasti akan mengubati rindu penonton dengan karya-karya yang pernah mengecapi kegemilangan suatu ketika dahulu dan pada masa yang sama memperkenalkan generasi baru kepada filem-filem Melayu Klasik. 

“Penayangan filem-filem ini juga adalah sebagai tanda penghargaan buat barisan penerbit serta produksi gergasi dan nama-nama besar seniman serta seniwati yang pernah mewarnai industri perfileman Melayu seperti Nordin Ahmad, Latifah Omar, Hajah Umi Kalsom, Mat Sentul dan ramai lagi.

“Kami harap inisiatif ini mampu membuatkan karya-karya seni tempatan sentiasa dihargai dan tidak lapuk ditelan zaman,” katanya. 

Pengasas Bersama I.E. Entertainment, Indra Suharjono pula berkata, pihaknya amat gembira dengan usaha Astro dalam mempersembahkan filem Klasik Melayu di Malaysia dan Brunei menerusi platform Astro. 

“Kami percaya Astro adalah rakan kerjasama terbaik dalam mengembalikan nostalgia filem klasik Melayu daripada arkib Cathay-Keris Films kepada para penonton muda yang akan menontonnya buat pertama kali sekali gus melihat bagaimana pembikinan filem Melayu telah berkembang selama bertahun-tahun. 

“Ini adalah cara yang baik untuk mengenali filem, era, dialek, trend fesyen, gaya dan proses pembikinan karya Melayu,” katanya. 

Filem-filem yang dipersembahkan ini juga turut mengangkat kisah dan jalan cerita yang amat dekat dengan masyarakat Melayu Malaysia dan Singapura seperti mengetengahkan tradisi dan muzik, serta mencerminkan nilai sosial era itu. 

Dengan mengembalikan filem-filem ini, ia sekali gus mampu mengekalkan nilai budaya dan seni masyarakat Melayu di rantau ini yang merangkumi warisan Malaysia dan Singapura. 

Kerjasama dalam mendapatkan hak pelesenan eksklusif ini melibatkan pihak pengedar eksklusif Cathay Keris, I.E. Entertainment yang diterajui pasangan adik beradik Indra Suharjono dan Erlina Suharjono yang berpengalaman luas dalam bidang media dan industri seni di peringkat Asia. - Getaran, 3 September 2021

Berita Berkaitan

1

Singapura 1 minggu yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN