web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Ambil Kamera Anda, Rakamlah Sesuatu Daripada Hati,” – Chiu Keng Guan

Pengarah Chiu Keng Guan berkongsi pengalamannya mengenai kehidupan dan cabaran sebagai seorang pengarah filem pecah panggung.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2021 4:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah filem Malaysia Chiu Keng Guan mengejutkan kita apabila filem terbaharunya 'On Your Mark' berjaya mengutip sebanyak RM 96 juta  ketika ditayangkan di China sekali gus menjadikannya filem paling laku dalam carta perfileman negara itu sepanjang pandemik. 

Semasa ditemui Getaran, Chiu Keng Guan nampak tersenyum tenang bercerita tentang pengalamannya dalam menghasilkan filem-filem pecah panggung. Namun apa yang menarik untuk kita lihat jika bercakap tentang karya seorang Keng Guan ialah nilai kekeluargaan, persahabatan dan budaya sering menjadi rencah utama pengarah ini sehingga berjaya menyentuh hati penonton. 

Keng Guan mengakui bidang filem dan kepengarahan adalah cintanya. Baik menghasilkan sebuah dokumentari mahupun filem, kedua-duanya mempunyai cara dan sentuhan yang tersendiri.

“Kalau karya dokumentari, bahan serta cerita yang ingin kita sampaikan sudah ada di depan mata. Tinggal lagi, ia terletak kepada pengarah dan pasukan produksi untuk menentukan cara pandang subjek dokumentari itu. Dalam menghasilkan dokumentari, kebanyakannya berlaku dengan sangat bersahaja. Namun, kita perlu menyemak dan memastikan kesahihan fakta.

“Ini berbeza dengan penghasilan filem. Kita perlu merancang jalan cerita terlebih dahulu dan menyampaikannya dengan cara yang betul dan sistematik. Apapun, pada saya, semua benda boleh terhasil dan pergi  jauh sekiranya anda mempunyai minat,” katanya ketika ditemui Getaran sempena meraikan ulang tahun Astro yang ke-25.

'On Your Mark' menceritakan tentang seorang anak muda yang bercita-cita mahu menjadi seorang pelari marathon seperti ibunya. Namun, impian itu dihalang oleh ayahnya kerana tidak mahu anaknya kecewa memandangkan dia mewarisi sindrom penyakit buta seperti ibunya yang sudah meninggal dunia. Namun,  dia berlatih tanpa pengetahuan ayahnya dalam diam.

Ketika ditanya mengapa memilih marathon, Keng Guan memberi jawapan bernas. Terdapat falsafah yang besar tentang sukan itu dari kaca matanya.

“Hidup ini seperti marathon. Kita tidak tahu di mana penghujungnya, tapi kita tahu di mana permulaanya. 'On Your Mark' mengisahkan tentang bapa dan anak yang terpaksa melalui kesusahan dan cabaran dalam hidupnya sama seperti berlari marathon. Ada fasa yang kita hanya berjalan, kemudian berlari. Tapi apa yang pasti, kita tidak boleh mengalah,” tambahnya.

Berkongsi kebahagiaan apabila kariernya semakin berkembang di China, Keng Guan tidak menafikan pasaran China mempunyai kelebihan tersendiri.

“Industri perfileman  di China lebih luas dan sangat berbeza dengan Malaysia. Namun pasukan kreatif mana-mana produksi pun akan berkongsi visi dan misi yang sama iaitu menghasilkan sebuah karya yang bermakna serta dapat menyentuh jiwa penonton,” ceritanya yang juga merupakan pengarah kepada filem terkenal Malaysia, Ola Bola.

“Pesan saya kepada generasi muda yang baru yang hendak mencerburi bidang ini, ambil sahaja kamera anda dan rakamlah sesuatu yang dekat dengan anda. Hasilkanlah apa-apa yang dapat menyentuh hati semua orang,”tambahnya.

'On Your Mark' yang menelan belanja sebanyak RM 40 juta itu sedang ditayangkan di pawagam rumah anda, Astro First bermula 26 Ogos 2021. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Sumber foto: Astro

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Tragedi Lombong Arang Batu: Letupan Gas Ragut 90 Nyawa, Lebih Ramai Dijangka Terkorban

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

3 Hilang Selepas Gempa Bumi Bermagnitud 5.2 Landa Guangxi, Selatan China

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lawatan Ke China Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Pentas Dunia - PM

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Keamanan Sejati Hanya Boleh Dicapai Dengan Keberanian - PM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 10 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN