web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fitch Sahkan Penarafan Malaysia Pada BBB+, Tinjauan Stabil

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 3:24PM

Pendapatan kerajaan secara umum bergantung pada pengeluaran minyak mentah, dengan harapan ia dapat menjana 16 peratus daripada jumlah pendapatan tahun ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Fitch Ratings telah mengesahkan penarafan kemungkiran penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia pada BBB+, dengan tinjauan stabil.

Dalam satu catatan yang dikeluarkan hari ini, Fitch berkata ekonomi Malaysia telah secara beransur-ansur pulih daripada penguncupan 5.6 peratus pada tahun 2020 yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 walaupun langkah-langkah penjarakan sosial telah diperketat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

“Kami menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu 4.5 peratus pada 2021 dan 6.3 peratus pada 2022 seiring dengan jurang pengeluaran yang mengecil sementara pemberian vaksin pula semakin bertambah. Dan ini sepatutnya membolehkan sektor perkhidmatan mendapat keuntungan daripada peningkatan dalam permintaan,” katanya.

Fitch menambah langkah-langkah penjarakan sosial yang dilaksana kerajaan turut disertai oleh bantuan lain termasuk pembayaran jaminan sosial, subsidi upah, pemberian geran kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), peruntukan untuk perolehan vaksin, jaminan pinjaman korporat dan moratorium pembayaran balik pinjaman.

“Hasil daripada perbelanjaan bantuan ini serta pengurangan pendapatan kerajaan, kami menjangkakan defisit fiskal akan meningkat kepada 6.5 peratus daripada KDNK pada tahun 2021 daripada 6.2 peratus pada tahun 2020,” katanya.

Memandangkan pandemik telah menyebabkan kenaikan ketara dalam hutang kerajaan Malaysia, Fitch telah mengunjurkan hutang tersebut mencecah 78.1 peratus daripada KDNK pada tahun 2021 daripada paras sebelum pandemik 65.2 peratus pada tahun 2019.

“Angka hutang yang digunakannya oleh Fitch termasuk laporan rasmi ‘jaminan kerajaan komited’ ke atas pinjaman yang dibayar oleh belanjawan kerajaan dan hutang bersih 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang bersamaan pada Disember 2020 masing-masing kepada 12.7 peratus dan 1.4  peratus daripada KDNK,” katanya.

Atas dasar ini, Fitch menyatakan beban hutang itu jauh lebih tinggi daripada nilai purata 57 peratus bagi kedaulatan dalam kategori penarafan ‘BBB’.

“Hutang kasar Malaysia adalah melebihi 400 peratus daripada pendapatan,” katanya sambil menjangkakan nisbah hutang akan turun sedikit kepada 77 peratus daripada KDNK pada tahun 2022.

Mengenai prospek fiskal jangka sederhana, ia masih kekal bergantung kepada ketidakstabilan politik yang meningkat, katanya.

“Kami menjangkakan penurunan secara beransur-ansur dalam defisit fiskal, yang diunjurkan pada purata 5.2 peratus daripada KDNK dalam tempoh 2021 hingga 2023 (melepasi unjuran purata kerajaan 4.5 peratus), Ia adalah seiring dengan pertumbuhan yang akan melonjakkan pendapatan dan langkah-langkah perbelanjaan berkaitan COVID-19 berakhir,” katanya.

Dari segi pendapatan kerajaan secara umum, ia dijangka kekal rendah pada 18.2 peratus daripada KDNK pada tahun 2021 (median ‘BBB’: 26.6 peratus) dan bergantung pada pengeluaran minyak mentah, yang kerajaan harap dapat menjana 16 peratus daripada jumlah pendapatan tahun ini, menyusut berbanding 25 peratus pada tahun 2020, ketika Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) menyediakan dividen khas.

Menurut Fitch, asas pendapatan rendah dijejaskan lagi oleh penghapusan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada tahun 2018 dan digantikan dengan cukai perkhidmatan dan jualan (SST) yang lebih sempit dan dalam beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan kerajaan berharap pada dividen syarikat berkaitan kerajaan.

“Menurut pandangan Fitch, ketidakpastian politik yang berlanjutan bukan hanya akan membebankan dasar, tetapi juga kepada pelaburan dan prospek penambahbaikan dalam standard tadbir urus,” katanya.

Sementara itu, Malaysia telah menyaksikan lebihan akaun semasa tahunan yang konsisten lebih daripada dua dekad dan Fitch menjangkakan ia akan berterusan sedemikian dalam beberapa tahun akan datang walaupun lebihan itu cenderung untuk mengecil kepada 3.6 peratus daripada KDNK pada tahun 2022 berbanding 4.1 peratus pada 2021 kerana pemampatan import mungkin akan beransur-ansur hilang,”’ katanya.

Menurut Fitch, bahagian hutang dalam mata wang asing kerajaan juga rendah, sekitar tiga peratus daripada jumlah hutang.

Di samping itu, ia berkata kerajaan masih lagi agak bergantung pada pembiayaan asing, walaupun pemilikan asing ke atas hutang domestik terbukti sangat stabil sepanjang pandemik iaitu sekitar 25 peratus daripada jumlah keseluruhan, disokong oleh pasaran bon domestik yang maju.

“Kecairan luaran Malaysia, seperti yang diukur oleh nisbah aset luaran cair negara dengan liabiliti luaran cairnya, hanya di bawah 100 peratus, lebih lemah daripada median ‘BBB’ 127.3 peratus,” katanya.

Sementara itu, Fitch berkata dasar monetari mungkin kekal terus menyokong aktiviti ekonomi, selepas Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar dasarnya sebanyak 125 mata asas (bps) sejak bermulanya pandemik ini.

“Dalam pada itu, kami mengunjur BNM akan memulakan kitaran pengetatannya pada tahun 2022 dengan kenaikan kadar sebanyak 25 mata asas,” tambahnya.

Dari segi moratorium pinjaman enam bulan yang kedua dilaksanakan Malaysia ke atas semua pinjaman runcit dan PKS secara pilihan pada Julai, Fitch berpendapat ini akan menundakan pengiktirafan pinjaman tidak berbayar (1.6 peratus daripada jumlah pinjaman pada bulan Mei ) sehingga ke tahun 2022.

“Ini juga akan membolehkan bank untuk melaporkan pendapatan dan permodalan yang meningkat dengan baik pada tahun 2021 di tengah-tengah jangkaan pertumbuhan pinjaman pada sekitar empat peratus.

“Bagaimanapun, ia akan mengambil masa untuk kos kredit dan keuntungan bank untuk kembali nomal sepenuhnya,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

KDNK Terengganu Tahun Lalu Ke-5 Tercorot — Khairuddin

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Aktiviti Pemburuan Lebih Jejaskan Biodiversiti, TPM Fadillah Selar Lobi Antiminyak Sawit

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Aliran Trafik Mulai Sesak Di Plaza Tol Gombak Setakat 11 Pagi Ini

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Ekonomi Malaysia Diunjur Tumbuh Sederhana 4-5 Peratus Pada 2023 - BNM

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori