web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penutupan Penuh Kilang Akan Beri Kesan Buruk Pada Ekonomi - Dr. Noor Azlan

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 8:07AM

Sektor perkilangan menyumbang jumlah eksport lebih RM1 trilion setiap tahun. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penutupan penuh sektor perkilangan yang menyumbang jumlah eksport lebih RM1 trilion setiap tahun akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara, kata Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.

“Namun untuk terjemahkan bahawa semua kilang kena tutup, itu tidak betul. Tidak semua kilang berhadapan dengan kes yang melonjak.” 

Beliau sebaliknya menyokong supaya tindakan bersasar dan penguatkuasaan lebih ketat dilaksanakan ke atas kilang yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta menunjukkan peningkatan kes COVID-19.

“Bila kita bercakap tentang kluster, kita sering merujuk kepada perkilangan, pembinaan, peruncitan dan beberapa kategori lagi. Sebenarnya dalam konteks kluster, sekitar 15 ke 20 peratus sahaja (daripada keseluruhan kes). 

“Namun untuk terjemahkan bahawa semua kilang kena tutup, itu tidak betul. Tidak semua kilang berhadapan dengan kes yang melonjak,” katanya dalam wawancara yang disiarkan di akhbar Sinar Harian hari ini.

Noor Azlan berkata kilang-kilang di negara ini memainkan peranan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi yang penting kerana sebahagian besarnya berada dalam jaringan pembekalan antarabangsa dan penutupan tanpa sebab akan menjejaskan pengeluaran syarikat gergasi yang pembekalnya beroperasi di Malaysia. 

Beliau juga berkata tujuh pakej rangsangan ekonomi kerajaan bernilai kira-kira RM530 bilion dengan sekitar RM83 bilion suntikan langsung seperti bantuan Program Subsidi Upah (PSU) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh merangsang pertumbuhan ekonomi selain membantu kelangsungan hidup rakyat.

Noor Azlan berkata jumlah suntikan langsung itu menyamai dua tahun perbelanjaan pembangunan kerajaan dan jumlah besar tersebut memberi kesan sehingga tiga kali ganda (kesan pengganda) kepada ekonomi negara.

“Bayangkan kalau saya daripada keluarga penerima BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) dan saya berbelanja, bererti pusingan yang pertama mungkin kedai runcit tempat saya belanja dapat manfaat. Kedai runcit itu pula, dia berbelanja dengan beli barang untuk stok kedai yang akan jadi pusingan kedua dan begitulah seterusnya,” katanya.

Beliau berkata semua pakej rangsangan ekonomi yang dilancarkan kerajaan mengambil kira komponen kesihatan, rakyat dan perniagaan dengan penumpuan khusus kepada kumpulan rentan.

Mengulas kewajaran individu yang telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 diberikan keistimewaan seperti kebenaran untuk keluar bekerja, Noor Azlan berkata perkara itu wajar dipertimbang berdasarkan beberapa faktor bagi membantu pertumbuhan ekonomi negara.

“Kita perlu ingat apabila mereka bergerak, mereka berbelanja,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori