web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PETRA Riyaz, Rancak Sektor Pelancongan Negara

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Jul 2021 5:44PM

Dash Resort Langkawi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas mencatatkan pencapaian memberangsangkan dalam beberapa bidang diceburi, PETRA Group melebarkan sayap perniagaan apabila melabur dalam rangkaian hotel terkemuka, Riyaz Hotels & Resorts menerusi jenama PETRA Riyaz.

Berbekalkan matlamat meluaskan rangkaian perhotelan dimiliki di dalam dan luar negara mulai tahun depan, ia turut berperanan merancakkan sektor pelancongan.

Memfokus kepada jenama perkhidmatan yang berorientasikan gaya hidup dan keperluan pelanggan, PETRA Riyaz menyasarkan konsep pelancongan kontemporasi, premium atau mewah.

Dash Hotel Seminyak di Bali
Dash Hotel Seminyak di Bali

PETRA Riyaz meliputi rangkaian hotel dan resort yang membawa identiti khas jenama berkenaan, mencakupi resort tempatan bertaraf lima bintang, antaranya Riyaz Lavanya Resort & Villas; The dash Resort, Langkawi serta The dash Box dan Tan’Yaa Hotel di Cyberjaya.

Rangkaian perhotelan luar negara pula membabitkan The dash Hotel Seminyak di Bali, Indonesia dan Altara Suites by Riyaz di Danang, Vietnam.

Ketika ini, jenama di bawah PETRA Riyaz termasuk The Riyaz, dash, The Pure, Altara dan Tan’Yaa.

Ketua Eksekutif PETRA Riyaz, Datuk Seri Shaheen Shah Sidek, berkata kolaborasi bersama PETRA Group dilihat bakal mewujudkan pelbagai sinergi positif.

Katanya, PETRA Group ketika ini memiliki pegangan sebanyak 51.5 peratus di Riyaz Hotels & Resorts, dengan nilai keseluruhan rangkaian hotel dan resort di bawah syarikat berkenaan dianggarkan hampir mencecah RM300 juta.

“Pengerusi dan Ketua Eksekutif PETRA Group, Datuk Dr Vinod Sekhar dan saya berkongsi visi dan misi yang sama dalam menjalankan perniagaan ini. Kesungguhan beliau untuk menawarkan perkhidmatan kelas terbaik sejajar dengan impian saya.

“Walaupun berdepan tempoh sukar akibat pandemik COVID-19, PETRA Riyaz tidak akan menghentikan usaha mengembangkan pelbagai jenama hotelnya walaupun dalam tempoh sukar ketika negara berdepan COVID-19,” katanya di sini hari ini.

Menurut Shaheen, kerjasama itu adalah sesuatu yang amat mengujakan, dan akan sentiasa memastikan pendekatan lebih berkesan dalam mencapai sasaran ditetapkan.

Difahamkan, kumpulan berkenaan juga sedang dalam perancangan membina resort baharu di Malaysia, Vietnam dan Maldives.

Kerjasama terbabit turut melibatkan operasi meluaskan rangkaian jenama di Desaru, Johor dan Pulau Pinang.

“Ketika kebanyakan hotel terpaksa menutup operasi secara sementara atau kekal akibat COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Datuk Vinod pula percaya pelancongan negara akan kembali pulih pada kadar segera, seterusnya membantu pulangan pengusaha sektor terbabit.

“Apabila situasi pandemik terkawal dan pemberian vaksinasi sudah meluas, pastinya orang ramai memerlukan percutian secara individu, bersama keluarga manakala syarikat pula akan menggunakan hotel untuk menjalankan visi mereka,” katanya.

Beliau berkata, ketika itu, pihaknya bersedia untuk menyediakan pengalaman dan unik kepada semua orang menerusi semua jenama hotel serta resort miliknya.

“Saya yakin kerjasama dengan pasukan berpengalaman seperti PETRA Riyaz mampu menyampaikan perkhidmatan secara sempurna, dengan tumpuan ke atas inovasi teknologi dan perhatian kepada semua aspek secara terperinci, sekali gus menawarkan pengalaman unik serta pengalaman positif kepada pelanggan.

“Lebih penting, kami mahu industri pelancongan tempatan berkembang semula dan mampu menjana peluang pekerjaan serta pendapatan kepada ramai pihak yang bergantung kepada sektor ini untuk kelangsungan hidup mereka.

“Sejajar dengan itu, kami juga akan memastikan tiada pemberhentian kakitangan dibuat di mana-mana rangkaian hotel kami walaupun sempadan masih ditutup,” katanya. – Getaran, 5 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemilik Resort Anjur Parti Aloha Didenda RM25,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori