Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Serba Dinamik Ceburi Industri Teknologi Angkasa

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 1:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Serba Dinamik Holdings Bhd menyifatkan usaha terbaharunya menceburi industri teknologi angkasa sebagai antara dorongan sosial dan ekonomi bagi memastikannya kekal relevan untuk masyarakat.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata usaha syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu turut berkait rapat dengan kekurangan infrastruktur dari segi pendidikan secara dalam talian serta sambungan internet terutama di kawasan terpencil dan luar bandar yang sememangnya amat diperlukan.

"Ini salah satu isu paling kritikal pada masa pandemik ini. Ramai pelajar terjejas pelajaran mereka akibat kekurangan akses internet. 

“Syarikat ini sendiri berasal dari Sarawak dan kami amat peka serta memahami isu jurang digital. (Oleh itu) penubuhan bahagian teknologi angkasa yang baharu dalam kumpulan ini adalah untuk menangani isu-isu semasa seperti ini,"  katanya kepada Bernama pada Rabu.

Menurut Bank Dunia menerusi Laporan Pembangunan Dunia 2016, setiap 10 peratus penembusan jalur lebar tetap mampu meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar sebanyak 1.21 peratus bagi negara-negara maju dan 1.38 peratus untuk negara-negara sedang membangun. 

Mohd Abdul Karim berkata, sejajar dengan keupayaan menyediakan perkhidmatan telekomunikasi melalui satelit, inisiatif yang dibangunkan oleh Serba Dinamik lebih menjurus kepada revolusi industri 4.0 (IR 4.0)  yang dapat dimanfaatkan walaupun di kawasan-kawasan terpencil.

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bahagian teknologi angkasa adalah untuk menyokong kerajaan dan pelbagai kementerian dan agensi di Malaysia dengan menawarkan penyelesaian kesalinghubungan internet di kawasan-kawasan terpencil. 

Berikuta itu, syarikat berkenaan kini di fasa akhir untuk memilih empat lokasi pertama dengan program terbabit dijangka bermula menjelang minggu kedua Julai 2021.

Menurut Mohd Abdul Karim,  sejajar dengan sokongan rakan kongsi yang bertapak kukuh di pasaran antarabangsa, Serba Dinamik juga berhasrat untuk meneroka pasaran global dalam perkhidmatan urusan rangkaian dan penyelesaian satelit. 

Tidak terhad hanya kepada satelit telekomunikasi, syarikat juga sedang membuat kajian dan menilai keperluan satelit untuk kegunaan sektor lain termasuk pemantauan bumi, cuaca dan iklim.

Ia turut menyasarkan untuk membangunkan satelit bagi tujuan pelbagai fungsi dalam tempoh lima tahun selain akan mula melabur dalam aset dan infrastruktur berkaitan kesalinghubungan melalui teknologi satelit. 

Sehubungan itu, Serba Dinamik Group Bhd (SDGB) telah mengaktifkan teleport dan Pusat Operasi Rangkaian (NOC) pertamanya dan akan berkembang ke beberapa lokasi lain terutama di Sarawak.  

Serba Dinamik juga telah memilih Network Innovations Singapore Pte Ltd, syarikat pembekal teknologi bersepadu global dari Singapura dengan lebih daripada 30 tahun pengalaman menyediakan penyelesaian mudah alih dan satelit. 

Pelan jangka panjang itu turut menyaksikan SDGB di fasa kajian dan reka bentuk bagi satelit telekomunikasi sendiri dengan rakan strategik global.

Bagaimanapun, Mohd Karim menegaskan penyertaan SDGB dalam industri dan ekonomi angkasa tidak bermakna ia beralih daripada aspek kecekapan terasnya. 

"Mandat utama bahagian teknologi angkasa adalah untuk operasi asset, infrastruktur dan perkhidmatan telekomunikasi yang selari dengan bidang keutamaan SDGB iaitu teknologi maklumat dan komunikasi," katanya. 

Visi bagi menerokai industri baharu itu juga disifatkan beliau sebagai perlu dalam memastikan syarikat berkenaan kekal di hadapan dalam perubahan inovasi dan teknologi.  

“Pandemik COVID-19 mungkin tidak akan berakhir dalam masa terdekat. Kita perlu sedia menghadapi norma baharu untuk merapatkan jurang digital dengan fokus terhadap empat elemen utama iaitu kesalinghubungan, pendidikan, kesihatan dan perdagangan," katanya,

Beliau berkata, Serba Dinamik juga telah mengambil langkah-langkah perlu melalui bahagian teknologi angkasa itu untuk menyampaikan perkhidmatan telekomunikasi digital pada harga berpatutan, boleh dipercayai serta pelaksanaan pantas ke kawasan kekurangan atau tanpa akses terbabit. - Bernama

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Usahawan 1 jam yang lalu

Bina Reputasi Meyakinkan, JL99 Raih Pelbagai Anugerah Hartanah

oleh Sophia Ahmad

Ekonomi 1 hari yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM