web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penting Bagi Kerajaan Ada Hala Tuju Ke Hadapan Yang Jelas - Mustapa

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Jun 2021 12:25PM

Mustapa berkata kadar vaksinasi untuk mengurangkan jumlah kes jangkitan amat penting dalam usaha memulihkan ekonomi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Memandangkan situasi mencabar disebabkan pandemik COVID-19, penting untuk kerajaan mempunyai hala tuju ke hadapan yang jelas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata Pelan Pemulihan Ekonomi menyediakan strategi sistematik untuk negara keluar daripada pandemik ini selain memberi jaminan kepada warga kerja dan perniagaan Malaysia memandangkan ia menetapkan garis masa yang jelas mengenai pembukaan semula ekonomi secara beransur-ansur.

“Pada beberapa hari kebelakangan ini, kerajaan telah melakukan usaha yang jauh lebih baik dalam meningkatkan program pemberian vaksin. Ini kerana kadar vaksinasi amat penting untuk mengurangkan jumlah kes jangkitan selain usaha memulihkan ekonomi,” katanya pada Rabu.

Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan ‘Malaysia Economic Monitor-June 2021’ secara maya.

Mustapa berkata peningkatan semula kes COVID-19 dan pelaksanaan langkah sekatan pergerakan telah memberi kesan ke atas pemulihan ekonomi Malaysia.

Beliau berkata kerajaan sedang berusaha mengurangkan jumlah kes jangkitan untuk menilai kesan sekatan pergerakan yang bermula 1 Jun.

“Sekiranya langkah-langkah kerajaan - termasuk kadar vaksinasi yang tinggi, sekatan pergerakan dan pematuhan ketat terhadap prosedur operasi standard (SOP) - berhasil mengurangkan jumlah kes COVID-19, Malaysia boleh menjangkakan pemulihan ekonomi yang kukuh pada suku keempat tahun ini,” katanya.

Beliau berkata selain itu memahami trajektori ekonomi jangka sederhana dan panjang juga penting untuk memastikan pertumbuhan Malaysia adalah berasaskan inovasi dan produktiviti.

Oleh itu, kerajaan kekal komited untuk meneruskan perundingan awam-swasta, katanya.

“Perundingan ini akan membantu kerajaan dalam merancang dasar yang lebih baik dan menggalakkan pemahaman lebih mendalam mengenai kesan COVID-19 ke atas aktiviti ekonomi dan pemulihan pasca-COVID-19.

“Kerajaan mengambil perhatian laporan ‘Malaysia Economic Monitor’ oleh Bank Dunia yang menyemak turun unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia kepada 4.5 peratus tahun ini, iaitu lebih rendah daripada jangkaan rasmi kerajaan pada 6.0 hingga 7.5 peratus,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori