web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia, New Zealand Desak Pelaksanaan Penuh Konsensus 5 Perkara ASEAN Di Myanmar

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2024 7:14PM

Perdana Menteri dan Christopher Luxon pada sidang media bersama di Putrajaya hari ini - Gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia dan New Zealand mengesahkan semula komitmen mereka terhadap Konsensus Lima Perkara ASEAN mengenai Myanmar, menggesa Majlis Pentadbiran Negara untuk menghormati komitmennya kepada pemimpin ASEAN dan melaksanakan sepenuhnya konsensus bagi menyelesaikan krisis politik di Myanmar.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari New Zealand Christopher Luxon, menggesa agar keganasan dihentikan serta-merta, pembebasan mereka yang ditahan sewenang-wenangnya, akses kemanusiaan tanpa had dan dialog bermakna untuk penyelesaian damai di Myanmar.

Malaysia menzahirkan rasa terima kasih kepada New Zealand atas sokongan berterusan dalam penempatan semula pelarian di negara ketiga di bawah rangka kerja Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dan menekankan kepentingan kerjasama berterusan dalam penempatan semula pelarian.

Luxon yang dalam lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia dari 1 hingga 3 September turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Anwar, di mana kedua-dua pemimpin mengulangi komitmen mereka untuk memperkukuh Perkongsian Strategik Malaysia-New Zealand yang dimeterai pada 2023.

Perkongsian itu tertumpu pada kerjasama merangkumi empat tonggak utama: kemakmuran, rakyat, planet, serta keamanan dan keselamatan.

Kedua-dua pemimpin mengumumkan hasrat bersama mereka untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan cara yang memberikan manfaat ketara dan memajukan kepentingan ekonomi serta keselamatan bersama.

Sementara itu, ketika Malaysia bersiap sedia untuk menjadi Pengerusi ASEAN pada 2025, kedua-dua negara berharap untuk memperingati ulang tahun ke-50 hubungan dialog ASEAN-New Zealand.

Anwar mengalu-alukan cadangan New Zealand untuk mempengerusikan bersama Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-New Zealand di Kuala Lumpur, dan kedua-dua pihak menyatakan hasrat mereka untuk meningkatkan hubungan ASEAN-New Zealand kepada Perkongsian Strategik Komprehensif menjelang 2025.

Mengenai perubahan iklim dan pengurusan bencana, Anwar dan Luxon mengesahkan sokongan mereka terhadap hasil Persidangan ke-28 Pihak-Pihak (COP28).

Kedua-dua pemimpin itu menyeru semua pihak untuk menyelaraskan Sumbangan Ditentukan Negara dengan matlamat Perjanjian Paris untuk mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah Celsius.

Mereka juga mengiktiraf komitmen setiap negara untuk mencapai pelepasan sifar bersih dan bersetuju untuk meneroka kerjasama lebih lanjut dalam kewangan mampan, pasaran karbon, dan pertanian. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang