web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelabur Asing Beli Ekuiti Tempatan RM117.7 Juta Pada Minggu Pertama Februari 2021

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2021 1:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Pelabur asing membeli ekuiti tempatan bernilai RM117.5 juta bersih pada minggu pertama Februari 2021 berbanding dengan dijual RM535.5 juta pada minggu sebelumnya.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata ia merupakan aliran masuk bersih asing mingguan kali kedua yang dicatatkan Bursa Malaysia setakat ini bagi tahun ini.

“Ini permulaan yang baik bagi minggu lepas untuk Bursa apabila pelabur antarabangsa membeli ekuiti tempatan secara ketara bernilai RM179.7 juta bersih pada Selasa,” katanya kepada Bernama.

Pasaran ditutup pada Isnin lepas susulan cuti Hari Wilayah Persekutuan.

Beliau berkata harga saham syarikat pembuat sarung tangan getah, seperti Top Glove, melonjak 4.6 peratus memandangkan pelabur runcit terus membeli saham itu dalam keadaan pengaruh daripada media sosial dalam usaha memberi tekanan kepada penjual singkat.

Di peringkat luaran, Adam berkata sentimen positif dalam pasaran muncul pada Selasa selepas Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan kongres di pihak Demokrat menunjukkan hasrat mereka bagi rang undang-undang bantuan pandemik bernilai besar.

Hasrat itu kemungkinan dilaksanakan tanpa sokongan Parti Republikan walaupun setelah pertemuan antara Rumah Putih dengan para senator daripada blok itu diadakan, yang kedua-dua pihak menyifatkannya sebagai “produktif”, katanya.

Beliau berkata harga saham pembuat sarung tangan getah pada indeks FBM KLCI mengalami penurunan pada Jumaat dan ini menunjukkan pelabur runcit mungkin tidak mempunyai kekuatan kewangan untuk menyokong aktiviti pembelian yang amat rancak bagi sektor ini.

“Justeru, pelabur asing mungkin mengambil petunjuk daripada aktiviti pembelian yang lebih perlahan oleh pelabur runcit tempatan dan kekal tidak memasuki pasaran.

“Berasaskan bagi 2021 setakat ini, pelabur antarabangsa telah menjual ekuiti tempatan bernilai RM717.1 juta bersih,” katanya.

Adam berkata berbanding dengan bursa serantau yang lain iaitu Thailand, Indonesia dan Filipina, Malaysia merekodkan aliran masuk asing terkecil bagi tahun ini setakat ini manakala Thailand mencatatkan aliran keluar asing terbesar tahun ini setakat ini iaitu RM2.6 bilion.

“Sementara itu, Indonesia merupakan satu-satunya negara yang mencatatkan aliran masuk asing tahun ini setakat ini dengan nilai RM4.4 bilion bersih dalam kalangan negara Asia Tenggara yang kami pantau,” katanya.

Dari segi penyertaan, pelabur runcit mencatatkan penurunan nilai dagangan harian purata (ADTV) 14.55 peratus manakala pelabur asing dan institusi tempatan masing-masing ADTV turun sebanyak 9.68 peratus dan 19.85 peratus.

Sementara itu, Penyelidikan MIDF menerusi laporan aliran dana mingguan menjelaskan ketika pasaran dibuka semula pada Selasa, pelabur runcit dan institusi tempatan masing-masing menjadi penjual bersih dengan masing-masing bernilai RM6.01 juta dan RM173.10 juta.

“Penjualan berterusan pelabur asing berikutnya tidak dapat mengatasi aliran masuk dana pada Selasa. Aliran keluar asing terbesar dicatatkan pada Jumaat dengan nilai RM38.78 juta dan aliran keluar terkecil pada Rabu iaitu hanya RM4.90 juta sahaja,” menurutnya. – Bernama
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Semasa 1 tahun yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Google Sahkan Komitmen Pelaburan AS$2 Bilion Ke Malaysia - PM

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?