web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia, Singapura Meterai MOU Untuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2024 1:28PM

Anwar Ibrahim (kanan) dan Lee Hsien Loong (kiri) menyaksikan Rafizi Ramli (dua, kanan) serta Gan Kim Yong (dua, kiri) menandatangani MOU Zon Ekonomi Khas Singapura - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Cadangan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berada di landasan untuk direalisasikan dengan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Singapura hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong menyaksikan majlis menandatangani MoU itu oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Gan Kim Yong.

Anwar turut menjadi hos majlis makan tengah hari untuk Lee dan delegasinya, yang sebelum itu menghadiri penyempurnaan span antara Malaysia dan Singapura untuk Rapid Transit System Link (RTS Link).

JS-SEZ dijangka meningkatkan lagi perdagangan antara Johor dan Singapura, dan boleh berkembang maju seperti bandar raya Shenzhen di China, yang menjadi bukti kejayaan sebagai sebuah zon ekonomi khas.

Kedua-dua negara bekerjasama antara satu sama lain untuk mewujudkan zon ekonomi khas, bersebelahan dengan sempadan Singapura untuk memupuk hubungan perniagaan yang lebih kukuh dan meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara, dalam rantau Asia Tenggara berusaha untuk menangani kelembapan ekonomi global.

JS-SEZ telah dicadangkan oleh Rafizi selepas pertemuan dengan kerajaan negeri Johor di Iskandar Puteri pada Mei tahun lepas dan kedua-dua negara bersetuju untuk mengorak langkah lebih jauh dengan mewujudkan pasukan petugas khas untuk mengkaji penubuhan zon ekonomi khas itu pada dua bulan kemudiannya (Julai).

Zon ekonomi khas itu juga dijangka menambah baik ekosistem perniagaan wilayah Iskandar Malaysia dan Singapura.

Antara sektor yang disasarkan zon itu ialah elektronik, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan berkaitan perniagaan dan penjagaan kesihatan.

Pada tahun lepas, Johor meraih pelaburan asing bernilai RM70.6 bilion dalam pelbagai sektor.

Singapura merupakan pelabur asing kedua terbesar di negeri itu, menyumbang kepada kira-kira 70 peratus daripada jumlah pelaburan langsung asing Johor dalam sektor pembuatan. - BERNAMA

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?