Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PNB Umum Agihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB

Ekonomi Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2023 12:11PM

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.25 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

PNB dalam kenyataan hari ini berkata, jumlah berkenaan terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit.

Jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM9.3 bilion akan memanfaatkan 10.8 juta pemegang unit ASB.

Menurut PNB, ASB terus memberikan pengagihan pendapatan yang kompetitif, mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank.

Bilangan akaun ASB meningkat lebih daripada 200,000 kepada 10.8 juta akaun pada 2023, menunjukkan keyakinan berterusan terhadap ASB sebagai instrumen simpanan dan pelaburan penting bagi golongan bumiputera dalam perancangan kewangan mereka.

Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, di sebalik keadaan pasaran yang sentiasa berubah-ubah, PNB telah secara konsisten memberikan pulangan yang kompetitif melalui dana harga tetap yang kesemuanya telah mengatasi penanda aras mereka selama ini.

“Oleh itu, orang ramai digalakkan agar terus menyimpan untuk jangka masa panjang dan masa depan yang terjamin. Tahun ini, kami menyaksikan peningkatan dalam bilangan akaun kepada 15.6 juta setakat Oktober 2023 (daripada 15.2 juta tahun lepas).

“Populariti berterusan produk unit amanah kami terbukti melalui Kajian Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2023 dengan produk ASNB mengekalkan kedudukan sebagai pilihan pelaburan paling popular,” katanya dalam kenyataan sama.

Menurut Kementerian Kewangan, ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang 4.0 peratus pada 2023 dengan sokongan berterusan penggunaan domestik yang kukuh, perbelanjaan infrastruktur serta pemulihan dalam sektor pelancongan.

Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan lebih kukuh sebanyak 3.3 peratus pada suku ketiga 2023 berbanding 2.9 peratus pada suku kedua 2023. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Mesej Utama Di WEF Davos: Malaysia Tambah Baik Aspek Mudah Jalankan Perniagaan - Tengku Zafrul

2

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Wakaf ASNB, Eksperimen Inovasi Kewangan Terbaharu PNB Cecah Dana RM30 Juta

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Agong Berkenan Rasmi Pembukaan Stesen Janakuasa Battersea

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PNB Umum Agihan Pendapatan 5 Sen Untuk Pemegang Unit ASB

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 9 jam yang lalu

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

oleh Alfian Z.M. Tahir

Usahawan 3 jam yang lalu

Peniaga Nasi Kukus Raih Jualan RM14,000 Sebulan Selepas Sertai Program IPR

Ekonomi 3 jam yang lalu

Malaysia - Rwanda Sepakat Perluas Kerjasama, Fokus Industri Halal Dan Minyak Sawit

oleh Sophia Ahmad

Ekonomi 1 hari yang lalu

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City